Juara Festival Bola Sepak 2026, Sepanyol kembali menghuni tangga teratas ranking dunia!
Skuad kendalian Luis de la Fuente merampas semula status nombor satu dunia selepas tewaskan juara bertahan Argentina, 1-0 ketika masa tambahan pada aksi final semalam.
Argentina yang muncul naib juara turun ke tangga kedua, manakala Perancis dan England masing-masing mengekalkan kedudukan ketiga dan keempat dunia.
Sementara itu, Maghribi cipta sejarah apabila melonjak ke tangga keenam dunia, pencapaian tertinggi negara itu manakala Mexico naik empat anak tangga untuk menembusi kelompok 10 terbaik dunia.
Norway pula muncul pasukan yang catat peningkatan terbesar dalam kelompok teratas apabila melonjak 12 anak tangga untuk bereada di kedudukan ke-19.