Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

lagu fyp era

Artis Baru Baek ERA Julai 2021: Reedzwann

Artis Baru Baek ERA Julai 2021: Reedzwann
Zarul
07 Jul 2021, 01:08 AM

artis baru baek era julai 2021: reedzwann

Reedzwann mula dikenali melalui satu video yang dimuat naik oleh Reedzwann di laman sosial Instagramnya, menyanyikan lagu Derita dari Isma Sanee. Video itu mula mendapat perhatian yang banyak seterusnya menjadikan Reedzwann semakin aktif menyanyi. Kemudian, Reedzwann mencabar diri untuk berkarya menerusi lagu pertamanya “Cinta Pandang Pertama”. Demo lagu itu telah dimuat naik di laman sosial dan sekali lagi mendapat perhatian ramai. Reedzwann mula diintai oleh RUSA Music seterusnya menjadi artis dibawah RUSA Music.

Single pertamanya Cinta Pandang Pertama telah dikeluarkan pda November 2019. Muzik video Cinta Pandang Pertama telah Berjaya mencecah lebih 17 juta tontonan dalam masa setahun. Lagu ini mendapat sambutan yang hebat dari pendengar muzik tempatan. Lagu Cinta Pandang Pertama ditulis dan dicipta oleh Reedzwann berdasarkan kisah hidupnya sendiri.

Pada Mac 2021, Reedzwann mengeluarkan single keduanya yang bertajuk Adakah Ini Mimpi, juga karya sepenuhnya oleh Reedzwann. Single kedua Reedzwann ini masih mengekalkan genre balada, seperti lagu Cinta Pandang Pertama. Adakah Ini Mimpi juga mendapat sambutan luar biasa sehingga mencecah lebih 14 juta tontonan dalam masa 3 bulan. Lagu Adakah Ini mimpi merupakan kesinambungan kisah dari lagu Cinta Pandang Pertama. Akan datang, single ketiga dari Reedzwann bakal dikeluarkan, yang juga merupakan kesinambungan cerita kisah cinta Reedzwann di dalam lagu Cinta Pandang Pertama & Adakah Ini Mimpi.

Pada April 2021, Reedzwann tampil dengan sebuah lagu duet bersama Aidilia Hilda. Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Reedzwann dan Aidilia muncul dengan lagu Pulang Raya ciptaan Achoi Floor 88, yang juga antara lagu raya baharu yang trending ketika musim perayaan itu. Selain nyanyian, Reedzwan juga terlibat dalam siri Rusa After Class terbitan Rusa Music. Sifatnya yang pemalu tidak menghalangnya dari mencabar diri untuk berlakon dalam Rusa After Class.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}