
Kredit gambar utama: Instagram @noradanish
Advertisement
Ada cerita disebalik kelahiran kegembiraan menyambut anak kepada pelakon Nora Danish dan Nedim. Sepatutnya Nora dijangka melahirkan bayinya pada 9 Mac, secara normal. Bagaimanapun, selepas dinasihatkan doktor Nora terpaksa melahirkan anaknya awal secara C-Section.
"Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.
"Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi)," tulisnya.
Nora berkongsi ceritanya itu melalui satu kapsyen di Instagram.
Sumber: Instagram @noradanish dan Astro Awani