Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Pernah Jadi Mangsa Buli Siber, Anak Gadis Azhar Sulaiman Mahu Jadi Seperti Remaja Lain

Beliau kini mempunyai pengikut sebanyak 2.6 juta di akaun TikTok
18 Aug 2020, 02:09 PM

Bintang media sosial, Leona Azhar lebih selesa menjadi diri sendiri meskipun merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman.

pernah jadi mangsa buli siber, anak gadis azhar sulaiman mahu jadi seperti remaja lain

Memetik laporan Kosmo!, Leona mula menjadi perhatian ramai selepas bapanya memuatnaik gambar bersama pasangan kembarnya, Andika Rees Pahamin sekitar tahun lalu.

anak kembar azhar sulaiman dipuji cantik dan kacak macam ibu bapanya

Sejak dari itu, setiap gerak-geri Leona mula menjadi perhatian dan topik panas warganet, sehinggakan membuat Leona menjadi tidak senang.

“Saya pernah memberitahu daddy (panggilan kepada Azhar) supaya berhenti memuat naik gambar saya dalam laman Instagramnya kerana saya tidak tahan diserang peminat dia.

“Saya cuma mahu berseronok dalam media sosial seperti remaja lain tetapi kerana saya anak Azhar Sulaiman, masyarakat mengkritik segala tindak tanduk saya,” luahnya kepada Kosmo!.

Beliau yang kini mempunyai pengikut sebanyak 2.6 juta di akaun TikTok @leonsmeons, pernah menolak tawaran berlakon disamping pelakon Syafiq Kyle kerana terpaksa memulakan pengajian di sebuah kolej swasta dalam kursus Canadian International Matriculation Program.

Baginya lagi, lakonan atau menjadi selebriti sosial media adalah hobi, dan pelajaran adalah paling terutama.

pernah jadi mangsa buli siber, anak gadis azhar sulaiman mahu jadi seperti remaja lain

Tambah Leona lagi, beliau pernah menerima kecaman dan juga buli siber dek kerana tariannya di TikTok serta pakaian yang dikenakan.

“Saya hanya menjadi diri sendiri. Saya fikir orang tidak suka kerana mereka kenal ayah saya sebagai selebriti popular.

“Namun pilihan saya untuk menari di platform TikTok, mewarnakan rambut atau memakai baju fesyen terkini sebenarnya dibuat oleh hampir semua gadis sebaya saya.

“Daddy selalu berpesan jika menerima sebarang kecaman, jangan mudah terkesan kerana kebanyakan orang yang menulis kata-kata itu tidak mempunyai kehidupan.

“Kadang-kadang ada budak kecil berusia lapan hingga 10 tahun menulis komen, mendakwa saya kafir dan akan masuk neraka.

Saya tersenyum kerana ibu bapa sendiri tidak pernah mengajar saya bercakap begitu kepada sesiapa,” katanya lagi kepada Kosmo!.

Sumber: Kosmo!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}