Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

‘Presiden Netizen’ Bakal Wakili Suara Orang Ramai Di Big Stage 2020

Tak sabar rasanya nak tengok Big Stage 2020 kali ini!
Editor
05 Aug 2020, 11:22 AM

Program realiti ‘Big Stage’ merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang mempertaruhkan bakat generasi ‘BBNU’ (Budak Baru Nak Up).

‘presiden netizen’ bakal wakili suara orang ramai di big stage 2020

Untuk musim terbaru Big Stage 2020, terdapat 12 bintang yang akan bertanding selama 8 minggu bagi mencari juara baru BBNU kali ini.

12 bintang Big Stage 2020 adalah:

  1. Fadh Majid
  2. Azzam Sham
  3. Hafiz Zainal
  4. Dinie Rashid
  5. Usop
  6. Qody
  7. Yamani Abdillah
  8. Amir Hasan
  9. Hanie Soraya
  10. Farisha Iris
  11. Nana Sheme
  12. Sandra Dianne

‘presiden netizen’ bakal wakili suara orang ramai di big stage 2020

Selain kehadiran tiga juri tetap iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai bersama seorang juri jemputan profesional, khidmat empat 'Presiden Netizen' bakal dibawa masuk secara bergilir-gillr untuk turut mengadili persembahan para bintang Big Stage setiap rninggu. Kehadiran mereka di pentas 'Big Stage 2020 adalah untuk menjurikan pertandingan dengan kupasan perspektif yang mewakili suara ramai.

Tiga selebriti berpengaruh yang cukup aktif di media sosial iaitu Neelofa, Caprice dan Michael Ang dilantik sebagai 'Presiden Netizen' untuk musim ini, manakala seorang lagi 'Presiden Netizen'  boleh dicalonkan oleh para peminat.

Pencalonan sebagai 'Presiden Netizen' adalah menerusi hantaran entri di laman media sosial menggunakan hashtag #PNBigStage2020 mulai 4 hingga 22 Ogos 2020. Nama-nama selebriti yang dicadangkan akan dinilai oleh pihak produksi berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebagai 'Presiden Netizen' untuk mengisi kekosongan slot keempat untuk musim ini.

Alif Satar dan Sherry Al Hadad akan mengendalikan pentas utama selaku 'Hos' untuk musim ini, manakala Sissy Imann dan Neeta pula sebagai 'Hos' untuk program kapsul 'Studio Big Stage'.

Personaliti ERA, Radin Amir bersama hos Gempak TV, Isha Norsham akan digandingkan sebagai 'Hos' program 'Big Stage Live Plus' yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Juara 'Big Stage 2020' akan membawa pulang wang tunail bernilal RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal mernbawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}