Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Daiyan Trisha ‘Penat’ Nak Bercinta? “Lagu Ini Saya Tulis Selepas Saya Putus Cinta”

Daiyan Trisha akui baru putus cinta dengan seseorang pada bulan lalu.
23 Aug 2021, 02:00 PM

Penyanyi, Daiyan Trisha mengakui sudah penat mahu bercinta apabila mengalami fasa putus cinta dengan seseorang pada bulan lalu.

daiyan trisha ‘penat’ nak bercinta? “lagu ini saya tulis selepas saya putus cinta”

Daiyan memaklumkan perkara itu ketika sidang media pelancaran lagu Penat secara maya dan lagu itu ditulis sendiri yang mengisahkan tentang perasaannya yang sedang patah hati ketika itu.

“Saya sebenarnya baru sahaja putus cinta dengan seseorang baru-baru ini, jadi lagu ini kisahkan tentang saya.

“Saya juga mengalami emosi yang tidak stabil sepanjang tempoh masa itu lebih-lebih lagi dengan situasi yang sukar ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya.

daiyan trisha ‘penat’ nak bercinta? “lagu ini saya tulis selepas saya putus cinta”

Penyanyi berusia 28 tahun ini juga memaklumkan lagu Penat ini boleh diekspresikan secara subjektif mengikut setiap individu yang mendengarnya.

“Tak semestinya tentang putus cinta, boleh juga tentang situasi semasa, penat dengan pandemik, yang penting jangan pendam, luahkan kepada seseorang,” ujarnya.

daiyan trisha ‘penat’ nak bercinta? “lagu ini saya tulis selepas saya putus cinta”

Ramai juga para peminatnya menimbulkan pelbagai persoalan mengenai desas-desus hubungannya bersama pelakon Aedy Ashraf.

“Aedy dengan saya sangat rapat bila kami bergandingan dalam siri Projek Anchor SPM, saya dengan dia hanya kawan sahaja, kami tiada hubungan yang serius,” katanya.

Daiyan berharap dan mengajak semua peminat muzik tanah air agar menyokong karya tempatan terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini.

Lagu Penat kini boleh dengar di pelbagai platform penstriman muzik dan video lirik Penat juga sudah boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}