Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Ibu Elyana Sah Dijangkiti COVID-19, “Mohon Doakan Buat Ibu Saya”

Ibu Elyana kini dikuarantin di rumah dan dijaga bapanya.
17 Aug 2021, 11:44 AM

Penyanyi versatil, Elyana Emrizal memaklumkan berita duka dengan pengikutnya di laman media sosial apabila ibu tercinta Shamsidar Alias dijangkiti wabak Covid-19.

ibu elyana sah dijangkiti covid-19, “mohon doakan buat ibu saya”

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Elyana memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan agar ibunya kembali sembuh daripada wabak tersebut.

“Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.

“Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya,” katanya.

ibu elyana sah dijangkiti covid-19, “mohon doakan buat ibu saya”

Erneelya Elyana Emrizal atau mesra di sapa Elyana yang masih menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu tetap kuat demi keluarga tersayang.

Pelantun lagu Kalis Rindu ini juga mendoakan buat bapanya supaya sentiasa diberikan keberkatan dan dilindungi oleh Allah SWT dan terhindar daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Ya Allah yang maha berkuasa, yang maha penyembuh dan yang maha pendengar. Sembuhkanlah ibu yang sudah melahirkanku, Shamsidar Alias dari penyakit ini,” katanya.

ibu elyana sah dijangkiti covid-19, “mohon doakan buat ibu saya”

Elyana juga berharap bapanya terus kuat dalam menjaga ibunya yang sedang sakit ketika ini.

“Dan kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibuku dari terkena jangkitan. Serta jauhkan lah adik lelakiku, Eizad Ezmeer dari berjangkit.

“Lindungi lah kami ya Allah, kuatkan lah kami, sesungguhnya engkaulah maha penyembuh,” ujarnya.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal


 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}