Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Khir, Sein Dan Aqasha Kongsi Pengalaman Dalam “Bangunan”

Apa saja yang akan ditonton dari filem Bangunan ini adalah semata-mata benar.


Oleh Ina Mohd
 
Asalnya tiga sahabat ini mahu membuat filem yang lain tetapi tidak semena-mena, mereka mendapat
cerita yang lebih menarik dan boleh dijadikan filem. Segalanya tidak dirancang malah rakaman mengikut kepada apa yang berlaku ketika itu malah skrip pun tidak ada. Khir Rahman, Sein Qudsi dan Aqasha memutuskan untuk menangguhkan filem Garang tetapi meneruskan untuk membikin filem Bangunan.
 
 Bangunan mengisahkan sebuah perkongsian dari sebuah perjalanan produksi Suar Channel dan Camwerk Studios yang pada mulanya ingin membikin sebuah filem cereka, namun akhirnya bertukar menjadi sebuah pencarian yang dirakam. Apa saja yang akan ditonton dari filem Bangunan ini adalah semata-mata benar. Menurut Khir, ia bermula apabila mereka menemubual beberapa individu untuk mendapat cerita bagi filem Garang.
 
“Daripada cerita-cerita mereka yang hadir, saya dapati ada dua individu mempunyai cerita yang berbeza tetapi sebenarnya kejadian berlaku di tempat yang sama. Kesnya pula sama iaitu mereka hilang rakan yang sehingga kini tidak dapat dikesan. Jadi saya bincang dengan rakan yang lain, mereka setuju untuk teruskan projek ini”,kata Khir.
 
Bangunan yang dikatakan itu sebenarnya masih beroperasi. Jadi bagi memastikan perkara yang tidak diingini berlaku mereka telah membuat perjanjian bersama pihak tersebut. “Kami telah membuat perjanjian dengan pihak terbabit supaya tidak mendedahkan di mana tempat sebenar Bangunan itu. Itu pun sudah cukup baik bagi kami lagi pula mereka benarkan kami masuk bangunan tersebut. Apa yang kami paparkan adalah mahu berkongsi dengan penonton apa yang kami rasa”, tutur Sein.
 
Sebagai memastikan dari sudut keselamatan, mereka telah menjemput seorang kenalan, iaitu Saudara Yusran yang dikenali oleh Sein sejak 15 tahun yang lalu untuk turut bersama dalam pencarian ini. Yusran adalah seorang individu yang serba sedikit ‘dekat’ dengan perihal dunia mistik. Dia juga mempunyai latar belakang agama dan dunia persilatan yang baik. Setelah berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menyertai mereka.
 
Salah satu insiden yang tidak boleh dilupakan apabila Khir bercakap dengan seseorang yang dikatanya ialah Sein. “Saya dalam van yang sedari awal memegang kamera untuk merakam apa-apa yang ternampak atau sebagainya. Masa itu Khir sudah turun terlebih dahulu. Apabila saya turun, kemudian saya kira rakan-rakan yang lain, semuanya ada. Tetapi tidak Khir. Saya cari Khir dan ternampak dia disatu sudut dan sedang bercakap sesuatu. Saya tanya dia cakap dengan siapa, terus dia pergi kearah saya”.
 
“Insiden itu memang tidak disangka. Ya, saya bercakap dengan Sein tetapi sebenarnya bukan Sein. Tapi itulah, ia nak duga kitakan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami ketika itu. Mujur ada Yusran yang datang membantu. Banyak perkara yang berlaku yang susah untuk kami jelaskan. Tetapi apa yang anda lihat di screen, itulah dia. Semuanya benar belaka”, ujar Khir.
 
Bagi Aqasha pula ia suatu pengalaman baru bagi dirinya. “Bangunan adalah satu gerak kerja yang aneh dan canggung bukan saja kerana genrenya, tapi juga dari sudut teknikal, kerana Bangunan tidak sempurna bersifat filem maka proses menyiapkan Bangunan banyak berlaku secara unorthodox yang mana menjadi satu pengalaman yang baru buat saya sebagai pemain industri”.
 
Bangunan sebuah filem paranormal yang tidak dirancang malah tiada skrip, tiada pengarah dan tiada jalan cerita. Akan berada di pawagam bermula 5 Februari , ia menyaksikan bagaimana kisah seram yang sebenarnya tiada penghujung.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}