Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Luqman Podolski Kembali Dengan Lagu Baru, Kembar

Beliau sering diusik peminat tentang kewujudan orang yang seiras mukanya, maka lahirlah lagu KEMBAR ni
Editor
08 Oct 2020, 04:20 PM

Nama Luqman Podolski pernah menjadi tular di media sosial menerusi video-video jenakanya sejak dari tahun 2014 lagi.

luqman podolski kembali dengan lagu baru, kembar

Mencipta nama menerusi YouTube, personaliti ini juga pernah menggilap bakatnya sebagai rapper menerusi single debutnya berjudul ‘Sorang’ pada Ogos tahun lalu.

Terkini, pemilik nama sebenar Luqmanulhakim Kamaruddin ini bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul “KEMBAR”.

Single “KEMBAR”  merupakan karya ciptaan Luqman sendiri bersama Sabbala. Manakala kumpulan Hip-Hop tempatan, MassMusic menyumbang magis mereka sebagai penerbit rakaman lagu ini.

luqman podolski kembali dengan lagu baru, kembar

Sejak mula mencipta nama pada tahun 2014, Luqman sering diusik peminat tentang kewujudan orang yang seiras muka dan gaya diri yang digelar kembarnya.

Mengambil inspirasi daripada usikan peminat ini, beliau menzahirkan buah fikirnya dalam bentuk lagu.

“Lagu ini bercerita bahawa kita lebih mengenali diri sendiri. Diri yang kita tunjuk kepada orang ramai berbeza dengan diri ketika kita bersendirian.

“Walaupun ada ramai orang yang ada paras rupa atau gaya seperti kita, tetapi mereka bukan kita. Pengalaman hidup masing-masing berbeza. Itu yang menjadikan setiap daripada kita unik dan berbeza daripada orang lain.”, katanya.

“KEMBAR” juga merupakan single yang dipetik daripada album studio Luqman yang berjudul ‘HITAM PUTIH EP’ yang bakal menemui pendengar tidak lama lagi.

Sumber: Warner Music Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}