Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Gosip Mossip Mak Jemah #GMMJ

Shiha Zikir Sebak, Terharu Pak Nil Sebut Namanya Sebagai Peserta AF Berjaya Capai Kejayaan Dalam Dunia Hiburan

Shiha Zikir menangis apabila Pak Nil menyebut namanya ketika ditanya siapa peserta AF yang berjaya hari ini dalam industri seni.
14 Sep 2021, 03:00 PM

Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio ERA, Shiha Zikir meluahkan rasa sebak apabila bekas pengacara Akademi Fantasia (AF), Datuk Aznil Nawawi memuji dan menyebut namanya di program MeleTop minggu lalu.

shiha zikir sebak, terharu pak nil sebut namanya sebagai peserta af berjaya capai kejayaan dalam dunia hiburan

Pengacara program MeleTop, Nabil Ahmad mengajukan soalan kepada beliau mengenai siapakah peserta AF yang berjaya hari ini dan terus menjawab Shiha Zikir.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shiha menghormati selebriti versatil Datuk Aznil yang sentiasa merendah diri selain memeriahkan industri hiburan.

“Saya menangis. Dulu, kini dan selamanya tetap biasa-biasa dan terus merendah diri macam Pak Nil (Aznil) juga. Insya-Allah,” kata Shiha dalam satu hantaran di Instagram.

Malah, Datuk Aznil juga menjawab soalan itu tanpa disangkal lagi dengan lenggok gayanya ketika mengacarakan program realiti itu beserta iringan muzik penuh emosi.

“Okay, Pak Nil kembalikan kenangan dan Pak Nil akan sebut nama orang itu. Kita dah bersama dengan semua calon-calon bintang atau pelajar Akademi Fantasia musim ini. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

“Tetapi dalam Konsert Prelude ini, ada pelajar yang disangkakan akan menjadi bintang dan pelajar di Akademi Fantasia, tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Beliau tersingkir di Konsert Prelude Akademi Fantasia musim ketiga. Shiha Zikir,” katanya.

Untuk rekod, Shiha merupakan salah seorang peserta AF yang tersingkir di Konsert Prelude AF3 sekaligus tidak berjaya bersama 12 pelajar yang layak ketika itu.

Namun, nama Shiha kian meningkat naik dengan usaha yang diberikan untuk terus mencapai pelbagai kejayaan dalam industri seni tanah air.

Sumber: Harian Metro / MeleTop
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}