Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

[VIDEO] Dari Jalanan Ke Pentas Dunia, Tones And I Teruja Lancar Album Penuh Pertamanya Berkisah Pengalaman Dan Situasi Pandemik

Tones And I mengeluarkan lebih 14 buah lagu di dalam album penuhnya berjudul “Welcome To The Madhouse”
17 Aug 2021, 02:00 PM

Penyanyi terkenal, Tones And I baru sahaja melancarkan album penuhnya berjudul “Welcome To The Madhouse” khas untuk seluruh peminatnya.

Tones And I yang popular dengan lagu Dance Monkey pada 2019 melakar sejarah apabila mendominasi tempat pertama carta muzik dunia di lebih 30 buah negara.

[video] dari jalanan ke pentas dunia, tones and i teruja lancar album penuh pertamanya berkisah pengalaman dan situasi pandemik

Penyanyi kelahiran Australia ini juga berkongsi kisahnya ketika memulakan kariernya sebagai penyanyi jalanan.

“Saya mula menyanyi di jalanan, busking setiap malam untuk tunjuk bakat dan minat saya terhadap muzik.

“Ia juga agak mencabar bagi saya yang tiada apa-apa ketika itu tetapi lagu Dance Monkey buat kehidupan saya berubah sekelip mata. Walau begitu saya tetap takkan lupa untuk busking di jalanan,” katanya ketika ditemubual Munaabella.

[video] dari jalanan ke pentas dunia, tones and i teruja lancar album penuh pertamanya berkisah pengalaman dan situasi pandemik

Penyampai radio ERA, Munaabella juga bertanya mengenai kisah di sebalik pembikinan album penuh terbaharunya.

“Sejujurnya album ini amat istimewa dan mempunyai 14 buah lagu, saya teruja untuk tunjuk sisi sebenar saya sebagai penyanyi dan pencipta muzik dengan menghasilkan pelbagai jenis lagu.

“Ia juga amat dekat dengan kita yang sedang hadapi pandemik ketika ini, ada lagu berkisah tentang turun naik saya dua tahun lalu, tentang perintah berkurung sekarang ini, dan sedihnya tentang kematian kenalan rapat saya,” ujarnya kepada Munaabella.

[video] dari jalanan ke pentas dunia, tones and i teruja lancar album penuh pertamanya berkisah pengalaman dan situasi pandemik

Tones And I juga menitipkan pesanan kepada semua peminatnya untuk berhadapan dengan situasi sukar ketika pandemik COVID-19 ini.

Nak tahu pesanannya? Apa makna album ini bagi Tones And I?

Saksikan temubual penuh, eksklusif bersama ERA di YouTube rasmi ERA sekarang!

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}