Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Memang Ohsem Habis Instagrammable Spot Kat Sabah Ni!

Rasa macam nak terbang pergi Sabah sekarang!
Izza Yatim
21 Feb 2023, 12:53 PM

Artikel ini ditaja oleh Mercure Kota Kinabalu City Centre

instagrammable spot sabah

Kredit:  bellagreen98, kokolelf_ & Magical Garden Ranau

Setiap kali pergi bercuti, selain nikmati makanan sedap dan budaya masyarakat setempat, dah tentu korang akan cari Instagrammable spot kan? Bila gambar cantik, barulah ‘elok’ je nak letak memori percutian tu kat Instagram.

Tak semestinya kena pergi jauh-jauh, kat Malaysia ni pun ada banyak tempat menarik untuk korang OOTD. Salah satunya di Sabah! Ha, Sabah bukan sahaja terkenal dengan Gunung Kinabalu, seafood dan pantai-pantai cantik je tau, ada banyak tempat di Sabah tu yang berbaloi untuk korang letak dalam Instagram korang!

Sebelum korang mulakan trip jalan jalan Sabah tu, korang kenalah cari tempat tidur selesa pada harga mampu milik macam Mercure Kota Kinabalu City Centre!

Ada banyak sebab kenapa korang kena check in di sini, antaranya...

#1 Lokasi Strategik

Terletak di tengah pusat bandar, kira-kira 15 minit ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Kalau korang menginap kat sini, boleh jalan kaki je guys pergi Jesselton Mall, Suria Sabah Shopping Mall, Jesselton Point Waterfront atau cuci mata kat Gaya Street Sunday Market. Nak cari tempat makan pun senang!

#2 Pemandangan Superb

Kat hotel ni korang boleh lepak kat rooftop tertinggi di tingkat 25 untuk layan pemandangan Laut China Selatan. Kat tingkat ni juga ada restoran, kolam renang dan bilik mesyuarat.

#3 Boleh Healing Sorang Diri Atau Bawa Keluarga

apartment family suites mercure hotel sabah

Kredit: Mercure Kota Kinabalu City Centre

family room mercure hotel sabah

Kredit: Mercure Kota Kinabalu City Centre

dapur ruang makan mercure kota kinabalu

Kredit: Mercure Kota Kinabalu City Centre

Tak kiralah korang bercuti seorang diri, dengan bff atau famili, Mercure Kota Kinabalu City Centre ni ada bilik yang sesuai untuk korang. Nak datang ramai-ramai pun boleh, kat sini ada tempat penginapan berkonsep apartmen sehingga 3 bilik tidur yang lengkap dengan kemudahan dapur, meja makan dan ruang menonton!

Menarik, kan?

Nak tempah? Layari laman web, Instagram dan Facebook Mercure Kota Kinabalu City Centre untuk info lanjut.

Bilik dah ready, so jomlah kita mulakan trip!

6 Instagrammable Spot Kat Sabah Mesti Pergi!

#1 Le One Kokol Elf

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kokol Hill Elf (@kokolelf_)

Nak rasa seperti berada di Bali? Korang kena pergi Le One Kokol Elf yang terletak di Bukit Kokol Menggatal, kira-kira 40 minit dari Kota Kinabalu. Ad banyak spot cun guys! Bolehlah rasa macam naik buai di Bali atau OOTD di ‘sarang burung’ sambil layan matahari terbenam!

#2 Peak of Hope

Dari Kota Kinabalu, korang pergi ke Peak Of Hope di Tuaran. Tempat ni memang baik guys.  Ada banyak tempat-tempat bergambar. Bolehlah korang join aktiviti-aktiviti menarik seperti menaiki ATV dan Paragliding.

#3 Karanahan View

Dah alang-alang korang ke Tuaran tu, bolehlah lajak ke Kota Belud. Ada banyak lokasi menarik. Salah satunya Karanahan View yang terletak di Kampung Tempasuk 1.  Selain OOTD, korang boleh tengok pemandangan matahari terbit, Gunung Kinabalu, sawah padi dan persembahan tarian tradisional.

#4 Polumpung Melangkap

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Urban Sabah (@urbansabah)

Ini salah satu lokasi pelancongan yang korang kena pegi. Polumpung Melangkap ni terletak tak jauh pun dari Kota Kinabalu tetapi pemandangan memang cantik, ala-ala bercuti luar negara! Sure korang jatuh cinta punyalah!

#5 Magical Garden

magical garden ranau sabah

Kredit: Magical Garden Ranau

instagrammable spot magical garden ranau sabah

Kredit: Magical Garden Ranau

Instagrammable spot ni terletak di lereng bukit di Kampung Kibas, Ranau. Tempatnya luas dan cantik, dan dah tentu ada banyak spot bergambar yang onz. Korang boleh juga pergi Arnab Village yang terletak bersebelahan je dengan Magical Garden ni.

#6 Ladang Teh Sabah

Untuk korang yang nak healing sambil hirup teh panas di cafe berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, inilah tempatnya. Ladang ni bukan je terbentang luas, dikelilingi hutan hujan semulajadi dan angin sepoi-sepoi pergunungan, tetapi ada beberapa spot menarik untuk korang OOTD sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu.

Dah teruja? Jom plan percutian korang ke Sabah. Ada banyak pengalaman dan tempat menarik menanti korang!

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}