Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Graduan Dah Bersuara, Ini Hasil Result GCA 2024! Gaji Minimum RM3,000?

Peluang menang Macbook & iPhone untuk undian GCA 2025!
Hanafis Haris
23 Jan 2024, 12:06 PM

Artikel ini ditaja oleh Talentbank

Keputusan GCA 2023 telah diumumkanKredit: Talentbank, Canva;  Edit: ERA

Tahun 2024 pastinya semakin mencabar terutama buat mereka yang sedang mencari pekerjaan baharu. Gaji besar, budaya tempat kerja yang positif mahupun ‘work-life balance’, semua tu jadi keutamaan!

Jadi, kalau korang tertanya-tanya syarikat apa yang menjadi pilihan ramai ketika ini, keputusan undian Graduates’ Choice Award (GCA) 2024 mungkin boleh bantu!

Apa Sebenarnya GCA? Penting Ke Untuk Graduan? 

pemenang gca 2024 yang dikendalikan oleh talentbank

Kredit: Talentbank

Kalau nak tahu, GCA merupakan Anugerah Penjenamaan Majikan Siswazah Paling Berwibawa Asia Pasifik yang dilancarkan pada 2018 dan dikendalikan oleh Talentbank.

Peranan utama GCA adalah untuk memudahkan para graduan mencari tempat kerja sesuai untuk memulakan karier pertama selepas tamat belajar.

Ahli jawatankuasa GCA 2023

Kredit: Talentbank

Sepanjang enam tahun berturut-turut GCA dijalankan, GCA 2024 kali ini telah mencatatkan undian terkumpul dengan tahap penyertaan tertinggi sebanyak 464,220 sejak penubuhannya. Pecah rekod weh! 🤯🤯🤯

Keputusan GCA Kini Didedahkan 

Kalau nak tahu semua keputusan ini adalah hasil daripada undian dijalankan sekitar 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2023. Hasilnya? 👇

#1 Senarai Majikan Pilihan Graduan Untuk Bekerja 2024! 

senarai majikan pilihan graduan untuk bekerja 2024

Kredit: Talentbank

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho, dalam edisi keenam yang sangat kompetitif ini, lebih daripada 2,500 syarikat bersaing mengikut lebih 90 kategori.

GCA 2024 kali ini menyaksikan jenama besar seperti Maybank, PETRONAS, Shopee, Google, Microsoft, EY, Shell, KPMG, CIMB, Maxis dan UNIQLO berada dalam senarai majikan pilihan graduan Malaysia.

Turut berada dalam senarai Top 25 adalah Lazada, AIA, PETRONAS, Sunway Group, Huawei dan banyak lagi. Korang boleh tengok senarai Top 25 bawah ni 👇

Senarai pemenang GCA 2023, Top 25

Kredit: Talentbank

Selain itu, AIA Shared Services, Johnson & Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove, dan UNIQLO adalah syarikat yang berjaya mengekalkan kemenangan lima tahun berturut-turut.

syarikat yang berjaya kekal kemenangan lima tahun dalam gca 2024

Kredit: Talentbank

Sekarang korang dah boleh nampak sebahagian syarikat yang menjadi idaman graduan. Jadi tunggu apa lagi? Update resume lah! 😉

#2 Pilihan Graduan Mengikut Industri 

Berikut antara syarikat yang menjadi ‘buruan’ graduan mengikut kategori dan industri termasuklah media sosial 👇

senarai pemenang gca 2024 mengikut kategori

Kredit: Talentbank

pemenang gca 2024 mengikut kategori

Kredit: Talentbank

Untuk senarai penuh pemenang, korang boleh check out sini 👉 GCA 2024.

#3 Graduan Bersuara! Gaji Permulaan Bukan Lagi Macam Dulu! 

Gaji Antara RM3,000 Sehingga… 

Tak lengkap rasanya kalau tak lihat expectation graduan dalam memulakan perjalanan kerjaya mereka. Menurut keputusan GCA 2024, kebanyakan graduan mengharapkan gaji permulaan antara RM3,000 sehingga RM3,500.

Selain itu, mereka juga menginginkan ‘work-life balance’, kerja yang terjamin dan juga perkembangan kerjaya. Jadi buat majikan semua, sila lah take note!

Kerja Fleksibel!  

Walaupun sekarang budaya kerja dari rumah atau WFH semakin berkurang, namun kebanyakan graduan masih mengharapkan peluang kerja yang lebih fleksibel.

Selain itu, mereka juga mahukan peluang latihan untuk perkembangan kerjaya. Bagusnya 👏

Career Fairs Makin Dapat Perhatian? 

Menerusi GCA 2024 juga, kita boleh lihat kebanyakan graduan lebih cenderung untuk menggunakan pameran kerjaya atau ‘job fairs’ sebagai platform mencari pekerjaan.

Ini dapat dilihat apabila jumlah graduan yang hadir di kebanyakan ‘job fairs’ telah meningkat sebanyak 9 peratus.

#4 Apa Pula Kata Majikan? Puas Hati Dengan Kualiti Graduan? 

Mesti ramai nak tahu kan? Kalau tahun lepas majikan memberikan rating kepada graduan baru sebanyak 6/10, kali ini ia turun kepada 5/10. 😲

Majikan juga merasakan pihak universiti perlu melibatkan diri secara lebih proaktif bagi persediaan pelajar melangkah ke dunia pekerjaan.

Antara kemahiran kritikal yang dicari oleh majikan termasuklah:

✅ Sikap positif

✅ Kemahiran berkomunikasi

✅ Kerja berpasukan

✅ Skil melangkaui prestasi akademik.

GCA 2025 Pula Macam Mana? Jom Undi & Menang iPhone & MacBook! 😱 

Menang Apple MacBook Air atau Apple iPhone 15 menerusi undian GCA 2024

Kredit: Talentbank

Menarik kan hasil keputusan GCA 2024 ni? Baru lah ramai buka mata tentang suara graduan dan juga pandangan kebanyakan syarikat besar!

Jadi bagaimana GCA 2025? Undian telah pun dibuka sehingga 30 Jun 2024. Korang boleh check out dan undi terus sini 👉 www.graduateschoiceaward.com/vote/.

Paling menarik korang berpeluang memenangi Apple MacBook Air atau Apple iPhone 15 dengan menyertai undian GCA 2025. Power weh hadiah, rugi tak join!

Maklumat lanjut tentang GCA, layari 👉 Graduates’ Choice Award.

Untuk Talentbank pula, check out 👉 Talentbank Group.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}