Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

5 Gaya Rambut Yang Cantik Dan Termudah Untuk Korang Gayakan

Tampil penuh yakin dengan gaya rambut ni!
Editor
18 Oct 2019, 09:00 AM

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Freepik

Bosan dengan gaya rambut yang sama je? Teringin nak bergaya dengan gaya rambut yang berlainan? Nak gaya rambut yang baru tak semestinya kena pergi potong rambut atau upah penggaya rambut di salun.

Dengan pelbagai peralatan dandanan dan aksesori rambut yang ada di pasaran, korang boleh cipta kelainan dan gayakan sendiri rambut korang macam baru keluar salun!

Kalau korang berambut sederhana panjang ke panjang, ni ialah lima gaya rambut yang cun  dan termudah untuk korang buat sendiri di rumah:

#1 Gayakan messy bun ketika keluar bersama rakan-rakan atau keluarga

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Freepik

Gaya messy bun ni sangat popular di festival-festival muzik macam Coachella disebabkan oleh gayanya yang terlihat santai dan selesa. Gaya rambut ini juga sangat digemari oleh ramai selebriti Hollywood kerana mudah digayakan sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat pendandan profesional .

Ikut jer tutorial ni:

#2 Gayakan double topknot kalau korang berparti

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Freepik

Gaya double topknot ni memang comel dan nampak riang! Sesuai sangat kalau korang pergi parti macam majlis harijadi.

Cara nak gayakan topknot ni sama macam messy bun, tapi korang kena belah rambut jadi dua bahagian. Kalau nak nampak lebih ketat dan kemas, gunakan sikat masa korang tarik rambut tu.

Ikut jer tutorial ni:

#3 Gayakan side braid kalau korang pergi kerja atau majlis formal

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Freepik

Bagi korang yang berambut sangat panjang, gaya rambut tocang bukan je terlihat kemas malah sangat feminin!

Ikut jer tutorial ni:

#4 Gayakan brushed back kalau korang keluar dating

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Allure

Siapa yang berambut kerinting atau ikal mayang boleh cuba gaya ni. Senang je nak buat. Bentukkan sedikit jambul di bahagian depan rambut dengan krim rambut. Kemudian sikat rambut ke belakang. Spray dan pinkan rambut bagi nampak kemas.

Ikut jer tutorial ni:

#5 Gayakan loose high pony di mana saja

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Allure

Nak pergi kerja, jalan-jalan atau majlis formal pun sesuai. Ikat rambut setinggi yang mungkin. Bagi korang yang berambut lurus, boleh gunakan alat pengerinting rambut untuk beri lebih volume.

Ikut jer tutorial ni:

Tampil dengan gaya rambut yang baru, sihat dan berkilau!

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Kredit: Southern Lion, Edit: ERA

Bila korang sukakan rambut korang, ia akan memberi lebih keyakinan buat korang! Amalkan rutin penjagaan rambut yang teliti; ikuti lima trik untuk buat rambut korang kelihatan berkilau dan sihat ni.

Selain tu, kalau nak dapatkan rambut yang sihat dan berkilau, korang kena pastikan yang korang cuci rambut menggunakan syampu yang tinggi kandungan asid amino dan multi-vitamin, contohnya seperti Emeron, sebuah syampu berkhasiat yang diformulasikan khas menggunakan teknologi Jepun.

5 gaya rambut yang cantik dan termudah untuk korang gayakan

Syampu ini diperkaya dengan asid amino dan multi-vitamin yang membantu dalam melembapkan dan menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung.

Amino asid pula penting bagi memastikan kulit rambut sentiasa sihat, membantu dalam pertumbuhan rambut, mengekalkan kesihatan dan kekuatan rambut dan memberi kelembapan dan kekuatan kepada rambut yang rosak ataupun normal.

Tampil cantik dan penuh keyakinan dengan rambut yang lebat, sihat dan berkilau bak model! Korang boleh dapatkan syampu Emeron ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}