Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

5 Tabiat Harian Yang Sebenarnya Boleh Merosakkan Gigi Korang

Korang ada buat tak mana-mana tabiat buruk ni?
Editor
12 Sep 2019, 02:17 PM

5 tabiat harian yang sebenarnya boleh merosakkan gigi korang

Kredit: Shutterstock

Sedar tak sedar, sebenarnya ramai daripada kita yang gemar melakukan tabiat yang boleh merosakkan gigi. Akhirnya ramai yang menghadapi masalah gigi rosak di usia muda, sehingga terpaksa berbelanja sampai ribuan ringgit untuk pulihkan balik gigi.

Kalau sayang gigi dan tak nak belanja duit yang banyak, elakkan dari membuat lima tabiat harian yang boleh merosakkan gigi ni:

#1 Hisap ubat sakit tekak lozenges

5 tabiat harian yang sebenarnya boleh merosakkan gigi korang

Kredit: Shutterstock

Ubat sakit tekak berbentuk gula-gula atau lozenges sememangnya melegakan rasa kering dan sakit di tekak, tapi ia memudaratkan disebabkan oleh kandungan gulanya yang tinggi. Bila dah terlalu banyak gula terkumpul di dalam mulut yang tak dicuci bersih, ia boleh menyebabkan gigi berlubang dan reput.

#2 Buka bungkusan dengan gigi

5 tabiat harian yang sebenarnya boleh merosakkan gigi korang

Kredit: Reader’s Digest

Tak kiralah paket sos cili atau keropok, ramai di antara kita yang suka buka bungkusan kecil macam ni guna gigi sebab ianya cepat dan memudahkan, terutamanya kalau tak jumpa gunting. Elakkan membuka bungkusan dengan gigi sebab ia akan meretak atau memecahkan gigi.  

#3 Gigit pensel atau objek keras

5 tabiat harian yang sebenarnya boleh merosakkan gigi korang

Kredit: congerdesign/Pixabay

Gigit pensel atau sebarang objek yang keras boleh menyebabkan keretakan dan kerosakan gigi. Gunakan gigi korang untuk makan sahaja! Kalau rasa nak mengigit atau mengunyah, kunyah gula-gula getah tanpa gula.

#4 Kunyah ais

Ramai orang ingat kalau kunyah ais tu tak memberi apa-apa kesan sebab ia tak ada gula, tapi sebenarnya mengunyah ais juga boleh menyebabkan keretakan dan kerosakan gigi. Bukan tu je, ia juga boleh melemahkan tisu-tisu halus dalam gigi yang boleh menyebabkan sakit gigi yang berpanjangan.

#5 Biarkan bayi tidur sambil menghisap botol susu

5 tabiat harian yang sebenarnya boleh merosakkan gigi korang

Kredit: Freepik

Selain daripada risiko bayi tercekik susu, membiarkan bayi korang tidur sambil menghisap botol susu (walaupun botol tu dah kosong) boleh menyebabkan gigi yang baru nak tumbuh cepat rosak dan reput.

Cara mudah dan jimat untuk dapatkan gigi yang kuat

Selain daripada tabiat buruk yang disenaraikan ni, kebanyakan makanan yang kita makan setiap hari  mengandungi gula yang tinggi, di mana ia akan berubah menjadi asid gula oleh bakteria yang ada dalam mulut kita yang boleh merosakkan enamel gigi, seterusnya menyebabkan gigi berlubang.

Terdapat pelbagai cara yang mudah dan jimat untuk dapatkan gigi yang kuat, dan salah satunya ialah dengan menggunakan ubat gigi dengan formula istimewa dan teknologi khas bagi melindungi gigi daripada berlubang dan rosak, seperti Natural Fresh Mint oleh Fresh & White!

Ubat gigi anti-kaviti yang menggunakan teknologi Jepun ni mempunyai Perisai Anti-Gula yang memberi perlindungan aktif daripada asid gula yang dihasilkan bakteria di dalam mulut bagi mengelakkan gigi berlubang dan rosak, selain mengekalkan kekuatan dan kesihatan gigi.

Dengan perisa pudinanya yang halus dan menyegarkan, mesti semua ahli keluarga korang akan suka dengan ubat gigi ni, termasuklah anak-anak korang yang kuat makan manisan. Lindungi keluarga korang daripada kerosakan gigi dengan cara yang mudah dan jimat!

Ubat gigi ni terdapat dalam dua saiz iaitu 160g dan 225gx2. Korang boleh beli ubat gigi ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}