Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

6 Cara Fotografi Yang Kreatif, Stylo Dan Mudah Dibuat!

Kaki fotografi memang kena tau tip-tip ni.
Editor
02 Dec 2020, 03:52 PM

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @wgsam & @heartpatrick

Kaki fotografi! Nilah masanya untuk korang buktikan skill korang dalam menangkap gambar yang kreatif dan memukau sampai orang terpana dengan menyertai Peraduan ERA Be A RENOgrapher yang sedang berlangsung sekarang hingga 20 Disember 2020!

Kalau korang terpilih sebagai salah seorang daripada lapan orang pemenang, fuuuh…syok gila beb hadiah yang bakal menanti korang, termasuklah OPPO Reno4 Atau OPPO EncoW31 Earbuds berjumlah RM129,000!

Dalam peraduan ni ada empat tema yang boleh korang pilih untuk masuk bertanding, iaitu:

  • Clearly Your Best Night Moment
  • Clearly Your Best Portrait Moment
  • Clearly Your Best Creative Moment
  • Clearly Your Best Landscape Moment

Kalau korang pilih tema kreatif, jangan lepaskan peluang untuk join workshop fotografi oleh jurugambar famous Heart Patrick mengenai bagaimana nak merakam gambar bagi kategori ‘Clearly Your Best Creative Moment’ pada 6 Disember 2020, jam 8 malam di Facebook OPPO Malaysia!

Haritu kitorang dah bagi tips macam mana nak tangkap gambar kalau korang pilih tema Clearly Your Best Night Moment dan Clearly Your Best Portrait Moment. Sekarang ni pulak kitorang nak bagi tips macam mana nak tangkap gambar yang kreatif dan stylo untuk tema Clearly Your Best Creative Moment, dan Clearly Your Best Landscape Moment!

Oh ya, sebelum korang keluar pergi tangkap gambar kat mana-mana, ingat PKPB masih berlangsung lagi tau (kalau korang duduk kat area yang terlibat), dan pandemik pun belum reda. So jangan lupa ikut SOP dan jaga keselamatan masa tangkap gambar tu dengan memakai pelitup muka, elak tempat yang sesak, jaga jarak, dan pastikan korang bawak hand sanitizer just in case.

Ok done ceramah. Sekarang kitorang nak bagitau beberapa cara mudah nak tangkap gambar yang kreatif dan stylo:

Rakam momen kreatif yang imaginatif dengan tip ni!

Nak tangkap gambar yang cun-melecun bukan setakat klik dan posing sana-sini je dah setel tau! Aktifkan imaginasi korang untuk hasilkan gambar yang kreatif! Takde props pun takde hal beb. Bak kata omputeh, “The sky is the limit!”

  1. Bermain dengan warna dan sudut

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @heartpatrick

Cuba recce tempat yang korang nak ambil gambar. Macam mana suasananya dan warna-warna yang ada. Korang boleh bermain dengan warna yang ada dengan menggunakan sudut yang kreatif. Contoh macam gambar kat atas ni oleh @heartpatrick.

Korang perasan tak yang warna baju dia selari dengan warna lantai? Gambar belah kanan pulak objek bulat yang dia pegang tu pun sama, warnanya selari dengan warna tangga kat belakang tu. Kira macam camouflage jugaklah ni.

  1. Bermain dengan pencahayaan, lensa dan dimensi

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!
Kredit: @k_amin

Kalau nak gambar kreatif yang memukau sampai orang wow, korang boleh bermain dengan pencahayaan, lensa dan dimensi. Cuba observe tempat yang korang nak bergambar tu. Dari mana arah cahaya datang? Ada benda yang boleh reflect tak (contohnya air kolam atau lantai yang reflektif). Macam mana pula dengan dimensi tempat tu?

Contoh macam gambar di atas oleh @k_amin ni, bayangan subjek jelas kelihatan pada lantai, ditambah dengan cahaya yang datang dari arah kanan tepat menyinari subjek dan juga di sepanjang koridor tu, yang turut memantulkan bayangan pada lantai.

  1. Gunakan setting AI Color Portrait dan Night Flare Mode

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @heartpatrick

Kalau gambar kreatif dan berwarna-warni ni selalunya lagi best kalau diambil pada waktu malam sebab nampak lagi menonjol, contoh macam gambar oleh @heartpatrick ni. Untuk pengguna OPPO Reno4, bolehlah guna setting AI Color Portrait dan Night Flare Mode.

Rakam momen landskap yang dreamy dengan tip ni!

Kita untung sebab tinggal di negara yang kaya dengan landskap indah dan pelbagai. Dari setinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tasik buatan bekas lombong bijih timah, bangunan pencakar langit hinggalah kehijauan yang indah, semuanya memudahkan kita untuk merakam momen landskap yang dreamy.

  1. Gunakan ‘Rule of Thirds’

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @k_amin

Siapa yang pernah belajar pasal fotografi confirm tau benda ni, sebab dia memang basic yang semua jurugambar kena tau. Rule of Thirds memudahkan korang bila nak ambil gambar landskap agar gambar korang nampak seimbang dan menangkap perhatian mata orang yang melihat gambar tu. Ni contohnya:

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @k_amin, Edit: ERA

Nampak tak yang tempat pejalan kaki dan pondok tu betul-betul kat tengah, so mata kita tertumpu kat situ? So figure out apa subjek atau objek yang korang nak tumpukan dalam gambar landskap korang, dan gunakan Rule of Thirds ni.

  1. Guna ‘leading lines’

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @wgsam

Penggunaan garis dalam gambar korang juga boleh menarik perhatian mata ke subjek utama dan mewujudkan rasa pergerakan melalui gambar.

Contohnya masa korang ambil gambar landskap, fikirkan camne korang boleh gunakan benda seperti pokok, jejak pejalan kaki, awan atau tebing untuk menarik pandangan mata orang yang melihat gambar tu.

Contoh macam gambar yang diambil @wgsam ni. perhatikan macam mana dia gunakan tebing yang berbelok-belok dari hujung ke hujung, menggambarkan rasa pergerakan.

  1. Gunakan kamera quad

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: @wgsam

Nak gambar korang kelihatan gempak berkali ganda? Gunakan kamera kuad OPPO Reno4 dengan ciri-ciri canggih seperti 2MP mono camera, 8MP ultra-wide angle camera, 48MP main camera, dan 2MP macro camera.

Confirm gambar korang nampak lagi power dengan perspektif yang menarik dan jelas. Dalam pencahayaan atau gaya apa pun, kualiti gambar korang boleh kelihatan macam taraf pro.

Jom join Peraduan ERA Be A RENOgrapher sekarang!

6 cara fotografi yang kreatif, stylo dan mudah dibuat!

Kredit: OPPO

Demmm…memang gila stylo weh gambar-gambar ni! Kitorang pun rasa nak join lah! Korang pulak apa tunggu lagi tu? Cepatlah join Peraduan ERA Be A RENOgrapher sekarang sebelum 20 Disember ni! Pemenang akan diumumkan pada 23 Disember 2020 di Facebook ERA nanti.

Oh ya, para peserta juga boleh menerima kod diskaun istimewa untuk beberapa produk OPPO Reno Series terpilih bila penyertaan dihantar di laman web peraduan OPPO yang rasmi! Layari OPPO Malaysia untuk info lanjut.

Selain hadiah OPPO Reno4 dan OPPO EncoW31 Earbuds yang menanti bakal pemenang, korang juga berpeluang bersaing dalam OPPO Group's Ultimate Award tau! Award ni berprestij tinggi di dalam industri fotografi ya! Jangan main-main!

Mana tau kalau korang menang, korang boleh mula lancarkan kerjaya fotografi dengan portfolio yang mengagumkan! So, good luck!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}