Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Apa Pelan Atau Azam Korang Tahun Ni? Mungkin KWSP Boleh Tolong, Ni Caranya

Korang tau ke pasal benda ni?
06 Apr 2022, 08:48 AM

Artikel ini ditaja oleh PayNet Malaysia

apa pelan atau azam korang tahun ni? mungkin kwsp boleh tolong, ni caranya

Kredit: cookie_studio@Freepik.com; Edit: ERA

Sama ada korang dah bertahun bekerja atau baru je menceburi dunia pekerjaan, sumbangan kepada KWSP sangatlah wajib demi masa depan korang, terutama kalau ada emergency atau kegunaan di hari tua nanti.

Kalau korang bekerja sepenuh masa, majikan dahpun siap potongkan setiap bulan. Korang yang bekerja sendiri pulak boleh buka akaun i-Saraan KWSP, yang merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan.

Ia membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Best kan?

Tapi dalam hidup ni, macam-macam benda tak diduga yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab tulah kena ada persediaan terutamanya dari segi kewangan. Walaupun korang tak digalakkan untuk usik wang simpanan persaraan, KWSP turut memberi kelonggaran untuk korang buat pengeluaran bagi tujuan tertentu yang urgent dengan syarat-syarat tertentu.

KWSP benarkan Pengeluaran Sebahagian untuk 9 tujuan ni: 

#1 Bina Rumah 

Korang boleh keluar duit dari Akaun 2 untuk tujuan ni. Pilih sama ada nak buat Pengeluaran Individu atau Pengeluaran Bersama Pasangan/Ahli Keluarga.

#2 Perumahan Fleksibel

Untuk tujuan ni, pengeluaran korang boleh menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk korang punya Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.

#3 Kesihatan 

Ahli yang menghadapi masalah kesihatan dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.

Selain diri sendiri, mereka yang layak dibiayai termasuklah mak ayah korang (kandung, angkat, tiri, mentua), pasangan, adik-beradik (kandung), dan anak-anak (kandung, angkat, tiri).

#4 Pendidikan 

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

#5 Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman 

Korang boleh buat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

#6 Perumahan PR1MA 

Korang boleh gunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari untuk dapatkan rumah PR1MA korang yang pertama!

#7 Beli Rumah 

Dengan harga hartanah yang melonjak tinggi, memiliki rumah sendiri sememangnya mencabar tapi tak mustahil. Dengan adanya pengeluaran KWSP, ia sedikit sebanyak mengurangkan beban korang dalam membeli rumah.

#8 Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan 

Bukan senang tau nak bayar ansuran bulanan, terutama mereka yang banyak komitmen. At least simpanan yang ada dari Akaun 2 sedikit sebanyak boleh bantu korang bayar ansuran bulanan bagi tempoh enam bulan atau sehingga masalah kewangan korang selesai.

#9 Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Untuk info penuh tentang Pengeluaran Sebahagian dan macam mana nak keluarkan duit KWSP, korang boleh check out laman Pengeluaran Sebahagian KWSP.

Sekarang korang dah tau yang korang tak perlu tunggu sampai bersara untuk buat pengeluaran. Tapi sebelum tu kenalah pastikan yang korang konsisten dalam membuat caruman tiap-tiap bulan sebaik sahaja mula bekerja.

Kalau korang nak tau, sekarang nak buat caruman makin senang tau! Tak kiralah apa jua jenis transaksi yang korang nak buat dengan KWSP, korang guna je kaedah pembayaran tanpa tunai! KWSP menerima bayaran dalam bentuk Kad ATM (MyDebit), FPX, dan DirectDebit.

Selesaikan transaksi tanpa tunai di beberapa agensi kerajaan terpilih dalam sekelip mata dengan Kempen Cashless Boleh 2 dan berpeluang memenangi RM10,000! 

nak bina rumah? pergi haji? sambung study? ni 9 benda yang membolehkan korang buat pengeluaran kwsp

Kredit: PayNet Malaysia

Bukan KWSP je tau, korang boleh buat transaksi tanpa tunai yang mudah, pantas dan masa nyata di beberapa agensi kerajaan terpilih, iaitu:

  1. Jabatan Kastam Diraja M’sia (JKDM)
  2. Jabatan Imigresen M’sia (JIM)
  3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  5. Polis Diraja M’sia (PDRM)
  6. Kementerian Kesihatan M’sia (KKM)
  7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  9. Kementerian Perumahan dan K’jaan Tempatan (KPKT)
  10. Kehakiman (Mahkamah)
  11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
  13. Jabatan Insolvensi M’sia (MdI)
  14. Jabatan Ukur dan Pemetaan M’sia (JUPEM)
  15. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  16. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan  (PPTG WP)
  17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan
  19. Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)
  20. Hospital UiTM Puncak Alam

Dengan Kempen Cashless Boleh 2 yang berlangsung sehingga 31 Mei 2022, korang hanya perlu berurus niaga atau buat pembayaran tanpa tunai di mana-mana agensi kerajaan terpilih ni sepanjang tempoh kempen untuk layak (auto-masuk) memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 bagi setiap seorang pemenang (seramai 100 orang pemenang akan dipilih sepanjang kempen berlangsung).

Takde jumlah minimum dan korang boleh gunakan salah satu daripada perkhidmatan e-Pembayaran ni, sama ada MyDebit (Kad ATM korang), FPX, JomPAY, DirectDebit, atau DuitNow QR.

Dengan ini korang boleh jimat banyak masa, tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, tak perlu risau kena bawa duit syiling yang berat atau wang tunai kecil untuk jumlah bayaran kecil, dan berurus niaga dengan selamat serta direkodkan dalam akaun bank.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang kaedah pembayaran tanpa tunai yang ada serta Kempen Cashless Boleh 2 yang sedang berlangsung ni, korang boleh check out laman web PayNet.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}