Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Pokai Lepas Raya? Ini Cara Nak Kembali Bergaya

Barulah ada gaya!
Editor
08 Jun 2018, 08:00 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Musim perayaan ni, khas buat yang sudah berkeluarga, pasti memerlukan wang lebih untuk berbelanja. Habis je raya, terus melopong sebab duit dah habis. Nak tunggu gaji bulan depan, lambat sangat pulak. Haa, cuba jee cara ni untuk kembali bergaya selepas raya! Tak susah pun kan?

#1 Senaraikan Semua Jenis Perbelanjaan Lepas Raya

Masukkan sekali kos perjalanan pergi balik kampung, belanja beli barang dapur untuk jamu tetamu pada hari raya kedua dan seterusnya, duit raya untuk tetamu serta duit raya untuk adik beradik, anak-anak buah, mak ayah dan tok nenek. Dari situ baru tahu banyak mana duit dah belanja.

#2 Jangan guna gaji advance

Banyak company dah berikan advance, bunyi macam best tetapi kalau tak diurus dengan baik, hujung bulan nanti korang yang melopong gigit jari. Iyalah, duit dah habis, nak tunggu gaji bulan depan lama lagi. Asingkan duit gaji tu dalam bank lain.

#3 Bayar bil-bil penting

Instalment kereta, PTPTN, bil air dan api, pinjaman peribadi, kad kredit serta pinjaman perumahan antara yang boleh korang bayar awal selepas raya ni. Sekurang-kurangnya jika terguna pun duit gaji advance tu taklah sampai jejaskan hutang-hutang penting.

#4 Jangan Shopping Lagi Lepas Raya

Dah shopping sebelum raya, jangan pula nak shopping lepas raya. Biasanya lepas raya ni banyak sale. Abaikan sale tu.

#5 Ikut Kemampuan Ok?

Kata orang ukur baju di badan sendiri. Belilah mengikut kemampuan, jangan kerana inginkan pujian kita sanggup bergolok bergadai. Janganlah sampai papa, asal bergaya.  

Paling penting, apa pun yang kita lakukan, lakukan untuk diri sendiri. Tak perlu berpura-pura happy semata-mata untuk pujian dunia sedangkan realitinya kita makan hati berulam jantung. Kan lebih elok kalau kita #hiduptanpakepuraan macam video MBSB Bank ni. 

So, jom gunakan media sosial sebaiknya untuk berkongsi kehidupan dengan keluarga tersayang dan juga rakan taulan. Tak perlu berpura-pura. Pastikan juga korang rancang kewangan sebaiknya selepas hari lebaran ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}