Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Gais, Korang Tau Kenapa Makin Banyak Hari Kita Puasa, Semakin Bertenaga Dan Kurang Lapar?

Banyak betul kebaikan puasa ni.
Editor
11 Jun 2018, 06:00 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Gais, korang perasan tak masa hari pertama dan kedua puasa badan kita rasa terlalu letih, tak bermaya dan perut pun ‘berbunyi’ sakan? Tetapi semakin banyak hari berpuasa, kita semakin bertenaga dan kurang rasa lapar? Nak bersenam waktu petang sebelum berbuka pun takde hal! Banyak kebaikan puasa ni, bukan je dapat pahala tapi inilah masanya korang kasi badan korang rehat dan stabilkan hormon dalam badan.

#1 Boleh kurus!

14 jam tak makan, waktu berbuka pun tak boleh nak makan banyak sangat. Waktu ni la lemak dalam badan ditukar kepada tenaga! Ditambah dengan adanya hormon pertumbuhan manusia, korang bukan je boleh kurus tapi makin tegap dan berotot. Sado beb!

#2 Stabilkan insulin

Dah la kurang air, kurang makan pula. Badan akan rembeskan kurang insulin kerana paras pengambilan gula pun kurang. Kalau sebelum ni paras gula korang tinggi, ni la masanya korang stabilkan balik.  

#3 Syuh kolesterol jahat!

Kolesterol jahat yang tinggi ni la yang menyebabkan serangan jantung. Kalau korang puasa, paras kolesterol jahat ni akan berkurang tetapi paras kolesterol baik tak terjejas.

#4 Hormon lapar?

Ha, dengan berpuasa hormon ghrelin dapat dikurangkan. Hormon inilah yang bertanggungjawab memberitahu otak, badan dah lapar. Tapi pada hari pertama dan kedua puasa, normal kalau korang rasa letih dan lapar. Badan belum sesuaikan diri. Tetapi masuk minggu kedua puasa, paras hormon semakin normal dan korang dah kurang lapar.

So memang normal la kalau awal-awal puasa ni korang rasa lapar dan letih, mood pun tak baik sampaikan salah sikit pun rasa nak marah.  Badan baru mula sesuaikan diri. Bila tak makan, badan tak bolehlah nak uraikan glukosa jadi tenaga, tu yang rasa letih. Tapi relaks, lama-lama badan akan ok.

Sebab tu masuk hari ketiga hingga tujuh, korang dah makin kurang lapar dan lebih bertenaga, kan? Lemak-lemak badan yang tersimpan tu pun dah mula dibakar. Masuk hari ke-8 hingga ke-15, mood pun semakin ok, semakin bertenaga dan badan semakin ringan. Iyalah toksin dan radikal bebas dah tak banyak dalam badan.

Dah seharian berpuasa, penting untuk kita stabilkan dan kembalikan kandungan nutrien waktu berbuka. Untuk kekalkan gaya hidup sihat walaupun berpuasa, korang kenalah ambil sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Paling senang, korang minum je MARIGOLD PEEL FRESH yang menyegarkan dan berkhasiat.

gais, korang tau kenapa makin banyak hari kita puasa, semakin bertenaga dan kurang lapar?

MARIGOLD PEEL FRESH Mixed Kale & Veggie Tiada Tambahan Gula adalah pilihan yang lebih sihat kerana ia adalah jus tanpa tambahan gula yang diperbuat daripada 17 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Barulah lengkap juadah buka puasa korang dengan nutrien jus buah-buahan sebenar yang diperkaya dengan Vitamin A, C dan E! Nikmatilah khasiat dan kebaikan buah-buahan dengan MARIGOLD PEEL FRESH. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}