Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Ni 5 Sebab Kenapa Madu Ialah Superfood Yang Wajib Korang Ambil

Hari-hari pun boleh ambil, barulah bertenaga sepanjang hari!
MOHD. YATIM, Nurul Izza
13 Apr 2021, 06:00 AM

ni 5 sebab kenapa madu ialah superfood yang wajib korang ambil

Kredit: Freepik

Ramai yang dah tau madu asli ni ada banyak kelebihan. Paling terkenal tentunya untuk berikan tenaga dan baik untuk menyembuhkan batuk serta sakit tekak. Sebab itulah madu asli ni dah digunakan sejak turun-temurun dari zaman nenek moyang kita dahulu!

Ada banyak lagi kelebihan madu asli ni, jadi tak hairanlah madu asli diangkat sebagai salah satu daripada superfood. Nak tau apa lagi kelebihannya?

#1 Kaya dengan antioksida

Madu asli kaya dengan bahan kimia yang baik dan enzim yang bertindak sebagai pengaktioksida yang membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

#2 Rendahkan paras kolesterol

Kolesterol ni ada dua, satu kolesterol jahat dan satu lagi kolesterol baik. Badan yang tinggi dengan kolesterol jahat akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Madu asli bolehlah nyahkan kolesterol jahat daripada bermaharajalela dalam badan.

#3 Bekalkan tenaga

Madu asli mengandungi gula yang menjadi sumber tenaga yang baik. Glukosa dapat diserap oleh tubuh dengan cepat untuk memberikan tenaga segera, manakala fruktosa pula diserap lebih lambat bagi membekalkan tenaga yang lebih lama.

#4 Baik untuk jantung

Madu asli merupakan pengaktioksida semulajadi yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara membesarkan arteri jantung, meningkatkan aliran darah ke jantung dan mencegah penggumpalan darah yang menyebabkan serangan jantung dan strok.

#5 Bersifat antibakteria

Madu asli sememangnya berupaya menghapuskan bakteria. Menurut satu kajian, madu asli mampu menghapuskan beberapa jenis bakteria termasuklah E. coli dan salmonella.

Ha amacam? Banyak kan kebaikan madu asli ni? Korang dah ready ke belum madu asli untuk bulan puasa ni? Selain kurma, madu ni pun antara makanan yang mesti ada kat rumah korang.

ni 5 sebab kenapa madu ialah superfood yang wajib korang ambil

Kredit: rawpixel.com/freepik

Selain nikmati madu dengan cara biasa, korang boleh cuba madu asli dalam bentuk minuman berkarbonat honeyB yang diiktiraf sebagai Best Healthy Sparkling Drink 2019.

honeyB ni diperbuat daripada 100 peratus madu asli dari Australia yang kaya dengan vitamin, nutrien dan mineral. Korang tak perlu risau, honeyB ni tiada pewarna tambahan, tiada gula tambahan dan tiada perasa tambahan. Memang ori, lah!

ni 5 sebab kenapa madu ialah superfood yang wajib korang ambil

Kredit: honeyB

Selain minum honeyB begitu sahaja, korang boleh pelbagaikan rasanya dengan campuran bahan-bahan lain yang memang terbaik untuk dijadikan minuman berbuka puasa. Korang tengok je la air ni, nampak menyegarkan kan? Dahlah sedap, sihat, bekalkan tenaga sepanjang hari pulak tu. Memang awesome, lah!

ni 5 sebab kenapa madu ialah superfood yang wajib korang ambil

Kredit: honeyB

ni 5 sebab kenapa madu ialah superfood yang wajib korang ambil

Kredit: honeyB

Korang yang nak try honeyB tu, apa kata korang cuba pek Raya honeyB #kitajagakita. Dalam pek ni ada 6 tin honeyB. Lepas tu, bolehlah korang peraduan kat sini dan berpeluang bawa balik hadiah keseluruhan bernilai RM30,000!

ni 5 sebab kenapa madu ialah superfood yang wajib korang ambil

Kredit: honeyB

Apa tunggu lagi? Jomlah dapatkan segera. Info lanjut dan resipi minuman berbuka puasa menyegarkan klik di sini. honeyB, Minuman Sparkling Madu Asli, nikmati kesegaran madu asli di pasaraya berhampiran atau korang boleh dapatkannya secara online di Shopee dan Lazada! honeyB, Hidup Bermutu, Layan Madu.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}