Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

10 Pelajar Terbabit Kes Buli MRSM Kuala Kangsar Ditamatkan Pengajian

Harap kes buli ini dapat diambil sebagai pengajaran!
Muhammad Izwan Zainal
15 Dec 2021, 07:00 AM

Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah Mara mengesahkan telah menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang terlibat kes buli baru-baru ini.

10 pelajar terbabit kes buli mrsm kuala kangsar ditamatkan pengajian

Menurut Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf, hasil mesyuarat dan penelitian terperinci, pihaknya mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit serta-merta.

“Pihak Mara mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan Mara, IPMA mahupun tajaan Mara,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa pelajar terbabit telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut terhadap anak-anak mereka.

10 pelajar terbabit kes buli mrsm kuala kangsar ditamatkan pengajian

Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM digunakan sebagai garis panduan bagi memutuskan keputusan penamatan pengajian itu

“Keputusan ini kita harap ianya bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah Mara.

“Kita di Mara tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai sahsiah diri dan tingkah laku peribadi yang baik dan diterima oleh masyarakat,” ujarnya lagi.

10 pelajar terbabit kes buli mrsm kuala kangsar ditamatkan pengajian

Malah, beliau menegaskan pihaknya komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

Pihak MARA akan telus dan fokus untuk memantau secara berterusan segala aktiviti pelajar termasuk proses pembelajaran di dalam kelas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}