Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Ini 10 Trip Kereta Api Di Asia Yang Patut Korang Cuba Sekali Seumur Hidup

Trip yang ke 10 tu kita patut cuba!
Editor
19 Dec 2018, 11:00 AM

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidup

Terdapat pelbagai destinasi menarik khususnya di Asia yang boleh kita pergi, lagi-lagi sewaktu cuti sekolah ini. Lagi best kalau naik kereta api, rasa lebih luas permandangan kita tu kan?

Berikut adalah 10 trip kereta api yang patut korang cuba at least sekali seumur hidup!

#1 Dari Bangkok ke Chiang Mai, Thailand

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: geoff dude

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 13 jam ini membolehkan anda melihat matahari terbit dikaki gunung di utara Thailand. Memang cantik!

#2 Seto-Ōhashi Line, Japan

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: Sora

Menghubungkan Okayama Station di tanah besar Jepun dengan Takamatsu Station di pulau Shikoku, anda akan melalui jambatan Seto Ohashi, iaitu jambatan 2 tingkat yang menghubungkan banyak pulau-pulau kecil lain.

#3 Dari Kandy ke Ella, Sri Lanka.

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: Cedric Z

Kereta api ini akan mengambil masa kira-kira 7 jam dan melalui kawasan tanaman teh di kaki bukit. Sepanjang perjalanan ini juga, anda akan ditawarkan untuk membeli buah-buahan segar tau!

Baca: A Quick Solo Travel Itinerary to Sri Lanka

#4 Alishan Forest Railway, Taiwan

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: billy1125

Kereta api ini pada mulanya dibina untuk aktiviti perlombongan tetapi kini dibuka untuk orang ramai bagi melihat permandangan indah dikaki gunung.

#5 The Trans-Mongolian Railway

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidup

Image credit: Clay Gilliland

Perjalanan dari China ke Mongolia ini mengambil masa 27 hingga 30 jam lamanya. Bermula pagi di Beijing, anda akan melalui imigresen China-Mongolia pada tengah malam, dan meneruskan perjalanan melalui tanah kering Gobi Desert, seterusnya tiba di Ulaanbaatar pada petang esoknya. Fuhh!

#6 The Trans-Siberian Railway

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: Vladimir

Perjalanan ini akan melalui tasik Baikal, iaitu tasik paling dalam dan tertua di dunia. Seterusnya akan melalui 2 bandar Rusia iaitu Novosibirsk dan Yekaterinburg, sebelum tiba di Moscow.

#7 Dari Hefei ke Fuzhou, China

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: David Almeida

Kereta api laju dari Hefei ke Fuzhou, China ini mengambil masa hanya 4 jam setengah. Sepanjang perjalanan menggunakan kereta api ini, anda boleh melihat permandangan indah bukit dan gunung-ganang serta perkampungan kecil. Lagi best kalau anda boleh berhenti seketika di Yellow Mountain ni.

#8 Dari Hue ke Da Nang, Vietnam.

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: Y Nakanishi

Perjalanan dari Hue ke Da Nang adalah lebih mudah menaiki kereta api yang memakan masa hanya 2 jam. Sepanjang perjalanan itu nanti, kiri dan kanan anda boleh saksikan pantai Laut China Selatan. Memang cool!

#9 Dari Goa ke Londa, India

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidupImage credit: Victoria Imeson

Melalui pergunungan di Western Ghats, sebuah bahagian dalam negara India, anda perlu menaiki kereta api dari Vasco Da Gama di Goa, seterusnya turun di Londa Junction. Menariknya, anda akan melalui kawasan air terjun yang dikenali sebagai Dudhsagar Falls.

#10 Dari Singapura ke KL atau Penang

ini 10 trip kereta api di asia yang patut korang cuba sekali seumur hidup

Kalau taknak pergi jauh-jauh, try daily trip dari Singapura ke Penang jom! Perjalanan mungkin memakan masa sehingga 9 jam dalam kereta api tapi memang syok lah!

Sumber: Tripzilla

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}