Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

28 Kawasan Kuala Selangor Akan Alami Gangguan Bekalan Air 13 Oktober Depan

Pengguna dinasihatkan untuk simpan air secukupnya pada tarikh berkenaan.
Editor
08 Oct 2020, 09:50 AM

Memetik notis dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9.30 pagi hingga 10 malam pada 13 Oktober 2020.

28 kawasan kuala selangor akan alami gangguan bekalan air 13 oktober depan

Gangguan itu adalah berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh buat sementara waktu pada tarikh berkenaan bagi kerja-kerja penggantian injap.

Penggantian injap ini adalah bagi membolehkan loji dapat beroperasi dengan lebih cekap serta memastikan semua peralatan sentiasa dalam keadaan baik.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:

  • Bagan Tengkorak
  • Jalan Ban Canai
  • Jalan Kunci Air Buang
  • Kampung Ampangan
  • Kampung Haji Razali
  • Kampung Melaka/ Kampung Kilat
  • Kampung Pinang
  • Kampung Seri Tiram Jaya
  • Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4
  • Kampung Sungai Kajang
  • Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)
  • Kampung Tok Adam
  • Kampung Ulu Tiram
  • Lorong Bahagia
  • Parit 1 Sungai Burong
  • Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z
  • Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4
  • Sungai Sireh Lorong 1 – 23
  • Taman Desa Jaya
  • Taman Kopema
  • Taman Radin Jaya
  • Taman Sri Bakti
  • Taman Sri Desa
  • Taman Sri Jaya
  • Taman Sri Setia
  • Taman Sri Tanjong
  • Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam
  • Taman Wawasan

Penyelengaraan ini adalah juga bagi meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna dikawasan itu pada masa akan datang.

Air Selangor juga menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Sumber: Air Selangor

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}