Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

5 Filem Melayu Paling Awesome Yang Wajib Tengok

Memang best kalau dapat layan filem ni dekat skrin TV besar kan?
Editor
29 Jan 2018, 06:16 PM

Mungkin sudah biasa kita menonton drama atau filem yang menarik, khususnya hasil karya anak tempatan. Filem atau drama yang ditayangkan mungkin datang dalam pelbagai genre, seperti romantik, komedi, seram, aksi atau gabungan lebih dari dua aksi tersebut.

Apa agaknya 5 filem Melayu yang paling awesome dan wajib tengok?

1. Munafik

Munafik merupakan sebuah filem seram yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Datuk Rahim Razali.

Filem ini mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016.

2. Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2 merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Abang Long Fadil. Filem ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan dibintangi oleh Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, A Galak, Tania Hudson dan Syamsul Yusof. Filem ini telah ditayangkan pada 24 Ogos 2017.

3. Polis EVO

Polis EVO merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2015 arahan Ghaz Abu Bakar terbitan Tayangan Unggul dan Astro Shaw. Ia dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.

Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.

4. Ola Bola

Ola Bola merupakan sebuah filem bertemakan sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee.

Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016 dan telah memenangi empat dari 15 pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

5. Ombak Rindu

Ombak Rindu merupakan sebuah filem genre drama dan cinta dibawah arahan Osman Alidan mula ditayangkan pada 2011 di Malaysia.

Buat mereka yang ingin merasai pengalaman berbeza menonton filem best ini, apa kata anda cuba tonton ia menerusi televisyen pintar TOSHIBA 65 Inch Premium UHD? Tengok apa yang Jaa terangkan dalam video dibawah ini:

Televisyen pintar ini hadir bersama sistem operasi Android, dengan teknologi paparan 4K Ultra Essential PQ. Sistem audionya pula dilengkapi dengan DTS TruSurround dan pembesar suara dua hala Quad tau!

Check out website TOSHIBA untuk maklumat lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}