Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

7 Cara Korang Boleh Buat Amal Jariah Selain Derma Duit Musim Raya Ni

Macam-macam cara untuk beramal ikut minat dan kemampuan kita.
Editor
03 Jun 2019, 01:47 PM

7 cara korang boleh buat amal jariah selain derma duit musim raya ni.

Kredit: Shutterstock

Kita dah pun masuk 10 malam terakhir Ramadan, dan masing-masing pastinya nak rebut malam Lailatul Qadar yang penuh berkat ni. Ramai di antara kita yang berlumba-lumba untuk buat lebih banyak amal ibadah dan kebajikan.

Tapi kan, nak berbuat kebajikan tak semestinya kena derma duit. Kalau korang tak mampu nak derma duit sangat sebab bajet cukup-cukup je untuk sambut raya, kitorang ada tujuh cara untuk korang buat kebajikan selain daripada derma duit di musim Raya ni:

#1 Derma pakaian atau ubat-ubatan di Kechara Soup Kitchen

Kalau korang ada baju-baju yang jarang dipakai dan masih elok, apa kata korang dermakan ke Kechara Soup Kitchen daripada terbiar dalam almari je? Bukan tu je, Kechara juga terima pelbagai bentuk sumbangan macam ubat-ubatan dan makanan.

#2 Tolong kitar semula bersama Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS)

Korang yang tinggal di Lembah Kelang bolehlah passkan barangan elektrik atau perabot yang dah tak pakai ke PASS, sebuah pertubuhan amal yang menggalakkan masyarakat untuk kitar semula. Sebanyak 300 tong kitar semula berwarna oren disediakan di sekitar Lembah Kelang so korang boleh drop off barangan yang bersaiz kecil dan sederhana. Untuk perabot yang besar, diorang ada sediakan servis pick up. Kalau korang nak pergi PASS punya collection centre pun boleh.

#3 Adopt kucing-kucing yang ada di PAWS Malaysia

Banyak kes-kes kucing terbuang yang dikutip oleh PAWS, sebuah pusat perlindungan haiwan. Kalau korang memang teringin nak bela kucing, better korang adopt daripada beli. Selain adopt, korang juga boleh selamatkan haiwan-haiwan di jalanan dan hantar ke PAWS atau jadi sukarelawan dengan diorang.

#4 Tolong tanam pokok bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia

Korang cintakan alam sekitar? Korang boleh tolong tanam pokok bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia, sebuah pertubuhan amal yang fokus dalam penjagaan alam sekitar. Selain tanam pokok, korang juga boleh tolong dalam penjagaan trail dalam hutan, mengukuhkan tebing sungai, dan menyuburkan pokok-pokok yang ada di hutan.

#5 Tolong masak bersama Food Aid Foundation

Siapa yang power masak sedap tu bolehlah join Food Aid Foundation, sebuah pertubuhan amal yang menyumbang dan mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan. Selain tolong masak, bungkuskan makanan, dan edarkan makanan, pertubuhan ni memerlukan skil golongan profesional.

So kalau korang merupakan pelajar kulinari, chef, event planner, pakar nutrisi, pakar teknologi makanan, pakar media sosial, atau jurugambar, sumbangkan pengetahuan dan bakat yang ada kepada Food Aid Foundation!

#6 Jadi Happiness Hero dan ceriakan kanak-kanak bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Korang jenis yang sempoi, kelakar dan suka ceriakan orang? Jadilah Happiness Hero bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia  dan ceriakan kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser. Antara tugasan yang akan korang pikul ialah adakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti bermain, storytelling, buat persembahan teater, dan juga bantu dalam kerja-kerja admin.

#7 Isi minyak kenderaan masa balik kampung sambil membuat sumbangan dengan kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’ bersama SHELL

Alang-alang korang balik kampung masa raya nanti dan nak isi minyak, apa kata korang isi minyak kat SHELL?

Sebab SHELL tengah anjurkan kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’ di mana mereka akan dermakan 1 sen bagi setiap liter minyak yang korang beli dan bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select kepada tiga pertubuhan amal berikut: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Food Aid Foundation, dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Kalau korang nak menderma kepada salah satu pertubuhan saja, korang boleh buat pilihan dengan masukkan resit asal atau salinan ke dalam kotak yang terdapat di mana-mana stesen minyak Shell.

Kempen akan bermula pada 30 Mei sehingga 8 Jun 2019. Kalau korang buat bayaran menggunakan Mastercard, Mastercard akan memberi derma tambahan sebanyak 1 sen bagi setiap liter minyak atau setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select.

Tertakluk pada Terma dan Syarat. Untuk info lanjut, klik http://shell.com.my/CSR.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}