Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

EPL Disambung Semula, Liverpool Mungkin Julang Trofi Dalam Stadium Kosong

Jika disambung pada Jun, liga berkemungkinan akan berjaya dihabiskan dalam tempoh dua bulan
Editor
06 Apr 2020, 02:29 PM

Pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan bahawa saingan liga sebelum ini tidak akan dibatalkan dan akan disambung semula selewat-lewatnya Jun nanti.

Ini menjadikan pendahulu liga, Liverpool, mungkin akan menjulang trofi liga dalam stadium kosong kerana tidak mahu jangkitan COVID-19 terus berleluasa dimasa akan datang.

30 tahun menanti juara epl, isu coronavirus bakal musnahkan parti liverpool?

"Semua 20 pasukan EPL juga bersetuju untuk bermain tanpa penyokong untuk memastikan liga berjaya ditamatkan.

"Ia juga bakal menyaksikan Liverpool menjulang trofi EPL dalam stadium kosong dan ia menjadi sejarah tercipta dalam saingan liga itu nanti," kata satu laporan dari sebuah portal berita antarabangsa.

Meskipun pandemik COVID-19 ini masih belum berakhir, banyak pasukan meminta kata putus daripada badan induk mengenai masa depan dan status liga berprestij ini.

30 tahun menanti juara epl, isu coronavirus bakal musnahkan parti liverpool?

"Jika disambung pada Jun, liga berkemungkinan akan berjaya dihabiskan dalam tempoh dua bulan dan pihak liga juga sedang memikirkan perancangan bagaimana untuk memastikan perlawanan dalam keadaan selamat.

"Pemain dijangka akan di asingkan daripada keluarga dan berada di bilik hotel, namun segalanya masih belum pasti," kata laporan itu lagi.

Jurgen Klopp yang juga pengendali pasukan Liverpool turut menasihatkan orang ramai khasnya di England supaya mematuhi garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi memastikan jangkitan dapat dielakkan dan EPL dapat bersambung semula dalam keadaan yang selamat.

Berikut adalah kedudukan pasukan dalam EPL setakat ini:

epl disambung semula, liverpool mungkin julang trofi dalam stadium kosong

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}