Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Apa Agaknya Sebab Orang Sanggup Bersusah Payah Sertai Maraton?

Best sangat ke maraton ni, sampai ada peminat sendiri?
Editor
14 Dec 2017, 09:00 AM

Pelari maraton bukan, larian santai sejauh 2km hingga 3km tetapi maraton itu sendiri membawa maksud larian jarak jauh dengan jarak rasmi 42.2km. Sebab itu larian 21km dipanggil half marathon. Tetapi kebiasaannya maraton yang dianjurkan turut melibatkan fun run, larian sejauh 3km atau 5km, yang boleh dilakukan sebagai riadah santai sambil membawa anak-anak.

Untuk berlari sejauh 42km bukan sesuatu yang mudah, sudah tentu latihan diperlukan agar tidak pancit di tengah jalan. Sama seperti orang mendaki gunung, perlukan latihan berbulan lamanya. Di sebalik kesukaran ini, mengapa masih ramai yang suka sertai acara ini?

#1 Boleh kurus ke dengan berlari maraton?

apa agaknya sebab orang sanggup bersusah payah sertai maraton?

Kredit: Pexels

Kebiasaannya peserta maraton berlari bukan semata-mata untuk kurus, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan badan. Latihan demi latihan yang dilakukan secara tidak langsung meningkatkan ketahanan badan, selain menguatkan jantung, memperbaiki peredahan darah, membakar kalori dan menguatkan otot.

#2 Bagaimana jika gagal melepasi garisan penamat?

Pelari maraton bukan sahaja mempunyai kekuatan fizikal tetapi perlu kuat mental, yakin dan sentiasa positif. Ada kala rasa tidak berdaya, tidak mampu meneruskan larian tetapi untuk sampai ke garisan penamat perlu kuat semangat dan tidak kenal erti putus asa.  

#3 Pelari maraton lebih berdisiplin?

apa agaknya sebab orang sanggup bersusah payah sertai maraton?

Iya, mereka perlu berdisiplin dalam latihan, walaupun malas atau hujan perlu paksa diri untuk berlatih. Mereka juga perlu berdisiplin menjaga pemakanan agar tak pancit di tengah jalan.

#4 Maraton memberi ruang kenali diri?

Pelari maraton perlu fokus berlari untuk sampai ke garisan penamat. Sambil menikmati keindahan alam, inilah masa untuk diri sendiri dan lupakan segala masalah yang mengganggu. Ada juga yang sempat merancang kehidupan. Iyalah, 7 jam tempoh berlari perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.  

#5 Beri kepuasan, inspirasi dan kegembiraan?

apa agaknya sebab orang sanggup bersusah payah sertai maraton?

Selain menjadi inspirasi kepada orang lain, pelari maraton turut terinspirasi melihat rakan maraton yang mungkin lebih berusia, cacat anggota mampu sampai ke garisan penamat. "Jika mereka boleh, mengapa tidak kita?" Jika perlu merangka untuk ke garisan penamat pun sanggup. Kejayaan sampai garisan penamat beri kepuasan dan kegembiraan. Sehingga ketagih untuk beraksi dalam maraton lain.

#6 Boleh travel sana sini?

Kalau dah kerana minat, ke mana pun sanggup mereka pergi. Iya, Miri Marathon misalnya, bukan sahaja peserta Miri, ada peserta dari Semenanjung Malaysia, Kenya, Thailand dan Brunei. Inilah masanya untuk berlari sambil melihat negara orang.

Bercakap tentang Miri Marathon, jom daftar sekarang untuk acara ini yang bakal berlangsung 18 Mac 2018 nanti di Stadium Miri, Miri Sarawak. Ada 4 kategori yang ditawarakan iaitu larian 5km, 10km, 21km dan 42km.

apa agaknya sebab orang sanggup bersusah payah sertai maraton?

Buat korang yang baru berkira-kira menyertai acara ni, masih sempat untuk berlatih. Acara anjuran Persatuan Maraton Miri ini merupakan salah satu daripada acara Great Borneo Series (GBS) selain Kuching Marathon dan Borneo International Marathon ni memang happening.

Layari https://mmamarathon.com/ atau Facebook mereka untuk info lanjut dan mendaftar!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}