Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Ratu Gimnas Negara, Farah Ann Kini Dalam Versi Patung Barbie

Bagaimanapun, patung ini tidak dijual kepada umum.
Editor
12 Nov 2020, 04:37 PM

Ratu gimnastik negara, Farah Ann binti Abdul Hadi, cukup dikenali ramai bukan sahaja dalam negara, malah serata dunia khasnya dalam acara gimnastik.

ratu gimnas negara, farah ann kini dalam versi patung barbie

Menjadi inspirasi kepada ramai anak muda, Mattel Inc, syarikat pengeluar mainan terbesar di dunia telah menghasilkan patung edisi khas Barbie yang menyerupai dirinya.

ratu gimnas negara, farah ann kini dalam versi patung barbie

Patung berkenaan dicipta khas untuk projek ‘Dream Gap’, satu program yang memberi inspirasi kepada anak-anak kecil dalam mencapai cita-cita mereka dengan tema ‘You Can Be Anything, You Can Be Athlete’.

Anak patung Barbie itu lengkap dengan pakaian merah jambu-putih yang dipakai oleh Farah sewaktu bertanding di Sukan SEA ke-29 dan Sukan Komanwel 2018.

Selain Farah Ann, beberapa atlet negara lain turut diangkat dalam projek berkenaan seperti pemain skuasy lagenda negara dan dunia Nicol Ann David, penerjun Olimpik Leong Mun Yee, jaguh tenpin boling Shahlin Zulkifli dan atlet luncur ais pecut, Anja Chong.

ratu gimnas negara, farah ann kini dalam versi patung barbie

Bagaimanapun, patung ini bukanlah untuk dijual, sebaliknya ia dicipta khas untuk projek berkenaan.

Sumber: Buzzkini

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}