Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Bahana Mercun Bola, Individu Tak Sangka Dua Jari Cedera Ketika Halau Monyet

Alamak! Mercun punya pasal?
Muhammad Izwan Zainal
25 May 2022, 01:21 PM

Seorang individu cedera dua jari kanan selepas mercun bola yang digunakan untuk menghalau monyet meletup di tangannya di Bukit Belimbing pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang di rumah adik mangsa dikenali sebagai Masturi Mustafa ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.

bahana mercun bola, individu tak sangka dua jari cedera ketika halau monyet

Dia yang juga pekerja pembersihan rumah tidak menyangka mercun bola tersebut meletup di tangannya.

"Saya tidak sangka mercun bola meletup menyebabkan dua jari tangan saya berdarah dan lebih menyakitkan terdapat dua cincin pada tangan yang cedera," katanya.

Tambahnya, dia dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

bahana mercun bola, individu tak sangka dua jari cedera ketika halau monyet

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya memaklumkan ada menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.

Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dihantar ke hospital itu selepas menerima aduan berkenaan.

"Sebaik sampai, kita dapati terdapat dua cincin tersekat pada jari mangsa yang dalam keadaan membengkak," katanya.

Kira-kira 12 minit masa diambil bagi menanggalkan dua cincin itu dengan menggunakan peralatan khas.

"Operasi itu sepenuhnya tamat pada jam 6.44 petang," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}