Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Cikgu Dari Pahang Ini Tersenarai 10 Finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020

Cikgu Sam menjadi inspirasi kepada pelajarnya. Tahniah Cikgu Sam!
Editor
29 Oct 2020, 05:50 PM

Lebih dikenali sebagai Cikgu Sam, guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang ini terpilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

cikgu dari pahang ini tersenarai 10 finalis anugerah hadiah guru global 2020

Menurut kenyataan oleh penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 buah negara!

Cikgu Sam menjadi inspirasi kepada pelajarnya yang terdiri daripada Orang Asli untuk menyimpan impian seterusnya berjaya di dunia luar.

Antara program diperkenalkan Cikgu Sam ialah projek pertukaran e-mel dikenali sebagai 'Asli E-Pal', yang mana para pelajar boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dalam dan luar negara.

Lebih membanggakan, kadar lulusan mata pelajaran bahasa Inggeris disekolahnya meningkat daripada 30 peratus pada 2012, kepada 85 peratus pada tahun 2015-2018.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Samuel Isaiah (@samisaiah87) on

Untuk Anugerah Hadiah Guru Global 2020 ini, hadiah ditawarkan sebanyak US$1 juta (RM4.16 juta), merupakan program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kejayaan Cikgu Sam juga mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, menerusi posting di laman Instagram @istana_negara.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

29 Oktober 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang, di atas kejayaan beliau dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020. Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa suka cita dan bangga atas dedikasi serta usaha-usaha murni guru muda dari Kuantan, Pahang ini dalam mendidik murid-murid sehingga terpilih sebagai calon untuk menerima anugerah tersebut, yang sekali gus juga mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat dan komitmen beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya para guru, untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia. Seri Paduka Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan mendoakan semoga beliau memenangi anugerah tersebut serta dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dalam bidang pendidikan. Menurut kenyataan penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel dipilih daripada 12,000 pencalonan dari lebih 140 negara. Anugerah yang menawarkan hadiah US$1 juta (RM4.16 juta), adalah program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Samuel telah memperkenalkan pelbagai inovasi untuk memberi inspirasi kepada murid-murid beliau yang terdiri daripada Orang Asli untuk menyimpan impian yang besar serta berusaha menghubungkan mereka ke dunia luar. Antara program diperkenalkan oleh beliau ialah projek pertukaran e-mel dikenali sebagai 'Asli E-Pal', yang mana para murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dalam dan luar negara. Manakala, program 'Speak Up With Poetry' (Bersuara dengan Puisi) yang diperkenalkan oleh Samuel pula ialah projek kerjasama beliau dengan penyair amatur yang menulis puisi berkaitan kebudayaan Orang Asli dan kemudiannya murid-murid boleh menonton program itu dalam bentuk video untuk pembelajaran bahasa Inggeris. Tahniah Cikgu Sam..

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}