Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Datuk Azizulhasni Dapat Pengiktirafan Kali Ketiga Malaysian Book of Records

Hasil pencapaian di temasya Olimpik Tokyo 2020 membuatkan namanya terpahat di Malaysia Book of Records (MBR).
Muhammad Izwan Zainal
16 Aug 2021, 11:16 AM

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) selepas memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

‘The Pocket Rocketman’ menerima anugerah itu apabila mendapat pencapaian berharga sebagai rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek pada Sukan Olimpik.

datuk azizulhasni dapat pengiktirafan kali ketiga malaysian book of records

Atlet berusia 33 tahun itu memperoleh anugerah buat kali ketiga dan namanya terus tercatat dalam MBR setelah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016 serta muncul juara dunia pada 2017.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu meluahkan rasa gembira dan syukur apabila dianugerahkan dengan anugerah tersebut serta berharap kejayaannya mampu menjadi inspirasi buat atlet-atlet lain untuk berjaya.

datuk azizulhasni dapat pengiktirafan kali ketiga malaysian book of records

“Saya sangat gembira dengan penghargaan ini dan terima kasih kepada MBR kerana mengiktiraf pencapaian saya pada Olimpik. Saya harap ia mampu menjadi inspirasi buat atlet di Malaysia serta semua pihak di luar sana.

“Pengiktirafan seperti ini bermakna saya perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan satu lagi pingat pada Sukan Olimpik Paris tiga tahun lagi,” katanya.

datuk azizulhasni dapat pengiktirafan kali ketiga malaysian book of records

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MBR, Christopher Wong berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan beliau dan pihaknya berbesar hati untuk memberi pengiktirafan buat atlet kebanggaan Malaysia ini.

“Bagi pihak MBR, saya dengan bangganya ingin mengumumkan Azizulhasni telah disenaraikan dalam MBR buat kali ketiga. Kali ini, beliau diiktiraf atas kejayaan memenangi pingat perak pertama menerusi sukan berbasikal,” katanya.
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}