Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Selepas Endgame, Marvel Beri Petunjuk Kepada Filem Young Avengers?

Menurut ramalan oleh peminat Marvel, kesemua watak ini juga akan digabungkan
Editor
06 May 2019, 10:27 AM

Filem Avengers: Endgame masih lagi menjadi sebutan dikebanyakkan pawagam ditanah air. Malah buat peminat filem Marvel, filem Endgame ini bukanlah penamat kerana ia mungkin satu permulaan kepada filem seterusnya, Young Avengers!

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Menurut portal hangat.com, kemunculan beberapa watak mungkin telah ditunjukkan oleh Marvel dalam filem Endgame pada bahagian akhir filem ini. Namun, siapakah mereka?

#6 Iron Lad

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Jika anda pernah menonton filem Iron Man 3, anda pasti ingat dengan kemunculan seorang watak remaja lelaki yang membantu Tony Stark yang tersadai dikawasan perumahannya. Peminat Marvel membuat spekulasi bahawa, Harley Keener ini akan membawa watak sebagai Iron Lad dalam filem Iron family kelak.

#5 Iron Heart

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Dengan tagline “Love You 3000 Times”, Morgan Stark, iaitu anak kepada Tony Stark ini dikatakan akan membawa watak sebagai Iron Heart apabila dewasa kelak. Menurut peminat Marvel, teori ini dikuatkan dengan petunjuk bahawa Tony sering menyatakan bahawa anak perempuannya ini begitu bijak dan minatnya kearah pertukangan sama sepertinya. Malah, Morgan Stark juga pernah memakai helmet Iron milik ibunya dalam Endgame!

#4 Kate Bishop

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Anak kepada Hawkeye ini juga ditunjukkan dalam filem Endgame, malah Kate juga dilihat berlatih memanah dengan Hawkeye pada permulaan filem.

#3 Stature

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Dalam filem Endgame, Scott Lang atau Antman juga sempat berjumpa anaknya, Cassie selepas terperangkap dalam Quantum Realm selama 5 tahun. Menurut komik, Cassie akan membawa watak superhero sebagai Stature.

#2 Photon

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Monica Rambeau, anak kepada kawan baik Captain Marvel pernah membantu Captain Marvel memilih warna suit pakaiannya sebelum ini. Monica juga digambarkan akan menjadi Photon dalam filem Avengers seterusnya!

#1 Penasihat Young Avenger – Patriot

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

Pada pengakhiran filem Endgame, Captain America dilihat memberikan perisainya kepada Falcon. Berdasarkan kisah MCU, Falcon dikatakan akan berubah menjadi Patriot.

Menurut ramalan oleh peminat Marvel, kesemua watak ini juga akan digabungkan dalam filem baru, dikenali sebagai Young Avengers, dan Patriot akan mengambil tugas sebagai Captain America sebagai penasihat adiwira kumpulan ini. Wow!

selepas endgame, marvel beri petunjuk kepada filem young avengers?

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}