Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kini Haiwan Pun Perlu Patuh Kepada Arahan Penjarakan Sosial

Ia berikutan wujud laporan haiwan perliharaan dijangkiti COVID-19
Editor
30 Apr 2020, 08:25 AM

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat kini memanjangkan arahan penjarakan sosial juga kepada haiwan perliharaan.

kini haiwan pun perlu patuh kepada arahan penjarakan sosial

Menerusi laman sesawang CDC, ia adalah berikutan wujud kes positif jangkitan COVID-19 pada haiwan perliharaan yang dilihat semakin meningkat.

"Layan haiwan peliharaan anda sama seperti yang anda lakukan kepada ahli keluarga anda yang lain. Jangan biarkan haiwan peliharaan berinteraksi dengan manusia atau haiwan lain di luar rumah.

"Jika seseorang di dalam rumah sakit, pisahkan individu yang sakit itu daripada orang lain, termasuk haiwan peliharaan.", kata agensi itu.

Organisasi ini juga menasihati pemilik haiwan peliharaan untuk mengelakkan membawa haiwan perliharaan masing-masing ke taman atau tempat awam di mana sebilangan besar manusia dan haiwan perliharaan lain berkumpul.

Ia berikutan wujud laporan haiwan perliharaan dijangkiti setelah bersentuhan dengan seseorang yang menghidap virus tersebut.

Minggu lalu, dua kucing peliharaan di New York diuji positif COVID-19, dan pada hari Isnin, seekor anjing di Carolina Utara juga telah menjadi anjing pertama di negara ini yang diketahui positif mengidap virus tersebut.

Kes pertama haiwan yang dikenalpasti dijangkiti virus di AS adalah harimau Malaya berusia 4 tahun di Zoo Bronx bernama Nadia, yang dipercayai dijangkiti oleh penjaga haiwan, dilaporkan pada awal bulan ini.

selepas nadia, tujuh lagi haiwan di bronx zoo positif covid-19

Tambah lagi, tujuh lagi haiwan di zoo berkenaan turut diuji positif COVID-19, seperti yang dilaporkan oleh Wildlife Conservation Society minggu lalu. Kesemua haiwan tersebut kini sedang menjalani proses pemulihan.

Namun begitu, meskipun terdapat beberapa kes jangkitan COVID-19 antara manusia dan haiwan, CDC tetap menekankan tidak ada bukti bahawa haiwan memainkan peranan penting dalam menyebarkan virus ke atas manusia.

"Jangkitan pertama adalah daripada pasar basah di Wuhan, tetapi virus ini kini menyebar dari manusia ke manusia. Berdasarkan maklumat terhad yang ada setakat ini, risiko haiwan untuk menyebarkan COVID-19 kepada manusia dianggap sebagai rendah, ”kata CDC dalam satu kenyataan.

Sumber: CDC

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}