Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Disuruh Keluar Beli Makanan, Lelaki Ini Bawa Pulang Isteri

Lelaki itu pada mulanya disuruh untuk membeli barang runcit di kedai berhampiran
Editor
04 May 2020, 12:33 PM

Memetik laporan dari NDTV, seorang lelaki dari Uttar Pradesh, India telah menjadi bualan ramai kerana telah membawa pulang seorang isteri saat disuruh untuk keluar mencari makanan.

disuruh keluar beli makanan, lelaki ini bawa pulang isteri

Lelaki yang bernama Guddu telah diberitahu oleh ibunya untuk membeli barang runcit di kedai berhampiran.

Namun selepas sahaja pulang ke rumah, Guddu dilaporkan membawa pulang seorang wanita yang dia panggilnya isteri. Pengakuan pelik ini membuatkan si ibu merasa pelik dan bingung.

Selepas diperiksa, ternyata lelaki bernama Guddu ini telah memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara senyap dengan kekasihnya dua bulan sebelum India menjalankan perintah berkurung.

Bagaimanapun, ekoran daripada andemik virus korona telah menghalang mereka untuk mendapatkan surat nikah yang sah. Disebabkan itu, mereka terpaksa untuk tinggal berasingan.

"Saya meminta anak saya untuk keluar membeli makanan dan barang keperluan harian, tetapi ketika dia kembali, dia membawa seorang isteri. Saya belum bersedia untuk menerima perkahwinan ini, "jelas ibu sambil menangis.

"Kami tidak dapat memperoleh surat nikah pada masa itu kerana kekurangan saksi. Saya memutuskan untuk datang semula ke Haridwar, tetapi terhalang kerana lokasinya yang agak jauh,” jelas lelaki berusia 26 tahun itu lagi kepada pemberita.

"Hari ini saya memutuskan untuk membawa Savita pulang ke rumah ibu saya. Tambah lagi, Savita juga telah diusir dari kediamannya di New Delhi," sambung Guddu.

Tetapi si ibu jelas menolak kehadiran mereka berdua di rumahnya. Oleh itu, polis Sahibabad meminta pemilik kediaman Savita di Delhi untuk membiarkan mereka berdua tinggal di sana.

Kisah mengenai Guddu ini tular di media sosial. Netizen juga memberikan pelbagai reaksi, tidak sedikit ada juga yang mentertawakan kisah Guddu ini.

"Pasti si ibu sangat terkejut mengapa anaknya tidak membawa barang runcit tapi membawa isteri baru," tulis netizen.

"Walaupun kedengarannya lucu, tetapi jika situasinya seperti ini, ibu harus memberi restu kepada anaknya," ulas netizen lain.

Sumber: NDTV

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}