Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Tokyo 2020: Jambangan Bunga Olimpik Selami Kisah Duka Peristiwa Di Jepun

Setiap kuntum bunga yang dimenangi atlet di Olimpik kali ini mempunyai kisah sedih di sebaliknya.
Muhammad Izwan Zainal
09 Aug 2021, 12:42 PM

Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirai selepas 18 hari temasya itu berlangsung dalam situasi mencabar ketika pandemik ini.

Pastinya, pelbagai kisah-kisah menarik sepanjang Olimpik tetapi tahukah anda, kisah sedih di sebalik jambangan bunga dipegang atlet yang memenangi pingat.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

Bunga-bungaan itu mewakili daerah yang berlainan di timur laut Jepun yang terjejas akibat gempa bumi, tsunami pada tahun 2011 dan letupan loji nuklear Fukushima.

Memetik laporan BBC, kira-kira 5,000 jambangan bunga diserahkan kepada atlet di Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Berikut adalah fakta di sebalik jambangan bunga itu yang menyimpan kisah kedukaan rakyat Jepun:

#1 - Tumbuh di kawasan bencana

Bunga-bunga itu dipercayai tumbuh di kawasan timur laut Jepun iaitu kawasan yang terjejas akibat musibah sehingga mengorbankan 20,000 orang di wilayah Iwate, Fukushima dan Miyagi.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

#2 - Ditanam di pelbagai kawasan

Pelbagai kawasan di Jepun (Iwate, Fukushima dan Miyagi) digunakan untuk menanam bunga berwarna kuning, hijau dan biru.

#3 - Ibu bapa tanam benih kerana kenangkan pemergian anak

Bunga matahari berwarna kuning di jambangan itu mewakili wilayah Miyagi di mana ibu bapa telah menanam benih bunga bagi mengenang anak-anak mereka yang terkorban dalam bencana berkenaan.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

Lereng bukit dipilih sebagai kawasan untuk menanam benih kerana ia merupakan tempat anak-anak berlindung semasa tsunami.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

#4 - Fukushima, inisiatif sokong ekonomi tempatan

Bunga lisianthus berwarna ungu dan ‘Solomon's seal’ pula mewakili Fukushima dan ia sebahagian daripada inisiatif menyokong ekonomi tempatan yang terjejas teruk akibat bencana tersebut.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

#5 - Bunga biru yang ‘menerangi’ kawasan bencana

Bunga biru terang kecil atau gentians mewakili Iwate yang tumbuh di kawasan persisiran terjejas akibat bencana pada tahun 2011.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

#6 - Bunga mewakili venue utama

Bunga aspidistras hijau pula mewakili kota Tokyo iaitu tempat Olimpik diadakan yang membawa makna cukup berharga buat atlet di seluruh dunia.

tokyo 2020: jambangan bunga olimpik selami kisah duka peristiwa di jepun

Dalam meraikan temasya gilang-gemilang itu, tidak menyangka bunga-bunga di Jepun itu mempunyai maksud yang cukup mendalam bagi rakyat Jepun.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}