Sebuah tanah perkuburan lama yang menempatkan lebih dari 1,500 mayat dalam kubur berbentuk bulat telah ditemui di Jepun.
Hasil pemeriksaan awal mendapati, perkuburan lama ini adalah tempat perkuburan bagi rakyat jelata kerana kekurangan barang kubur yang dijumpai.
Setiap kubur berbentuk bulat mempunyai beberapa badan yang dibengkokkan ke dalam satu lubang.
Pengebumian secara besar-besaran seperti ini menunjukkan bahawa semua orang mati pada waktu yang sama, mungkin semasa bencana alam atau wabak.
Kubur-kubur berkenaan dipercayai dari Zaman Edo, yang bermula dari awal tahun 1600-an hingga pertengahan 1800-an.
Bandar Osaka dalam satu kenyataan juga menyebut: "Mayat yang digali, termasuk tulang manusia, kini dalam proses disusun dan dianalisis.
"Selain manusia, binatang juga dikuburkan di tanah perkuburan ini, dengan lebih dari empat anak babi di bahagian utara perkuburan dan dua ekor kuda di bahagian selatan.
"Tulang kucing yang terdapat di dalam kerangka juga telah ditemukan."
Tanah perkuburan yang juga dikenali sebagai "Makam Umeda" atau "Kubur Umeda", merupakan salah satu dari tujuh tempat penguburan bersejarah yang dikatakan berada di bawah kota.
Kerangka itu dijumpai semasa kerja-kerja pembangunan di kota Jepun dan perancangan masih lagi dilakukan untuk membina bangunan pencakar langit di atas tanah perkuburan berkenaan.
Mayat purba ini dilaporkan akan dikumpul dan ditempatkan semula di lokasi yang berbeza.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.