Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Lelaki Bertindak Bakar Diri, Terminum Petrol Akibat Kecewa Bekas Teman Wanita Curang

Alahai bahayanya tindakan macam ni!
Muhammad Izwan Zainal
17 Feb 2022, 03:30 PM

Seorang lelaki melecur hampir seluruh tubuh badan akibat bertindak membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong pada Rabu.

Kejadian dilaporkan berpunca kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baru.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew memaklumkan lelaki berkenaan merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

lelaki bertindak bakar diri, terminum petrol akibat kecewa bekas teman wanita curang

Ia disahkan sendiri keluarganya yang telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan keadaan mangsa.

Berusia 28 tahun, mangsa juga pernah cuba membunuh diri dengan mengelar kedua-dua belah tangan namun berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa.

“Pasukan doktor yang merawat mangsa di kawasan merah Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF mendapati mangsa mengalami lecur pada badan sebanyak 96 peratus.

“Mangsa masih berada di kawasan merah dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Dia sedang menerima bantuan pernafasan,” katanya.

lelaki bertindak bakar diri, terminum petrol akibat kecewa bekas teman wanita curang

Orang awam pantas menghubungi pihak berkuasa dan cuba menenangkan mangsa sebelum diselamatkan pasukan perubatan dan dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF untuk mendapatkan rawatan.

Malah, bapa mangsa memaklumkan mangsa cuba memakan racun tikus semasa berada di dalam tandas rumahnya pada Selasa lalu.

Tambahnya, mangsa juga dilaporkan terminum petrol sebelum kejadian kira-kira berlaku jam 9.40 malam itu.

“Kemudian mangsa telah keluar daripada rumah membawa satu botol berisi petrol yang diambil daripada motosikalnya dan menaiki kereta jenis Perodua Axia. Mangsa memaklumkan ingin pergi ke kaki bukit untuk memesin rumput rumah datuknya.

“Bapa pengadu berasa curiga dan terus ke balai polis untuk membuat laporan kerana percaya mangsa cuba membunuh diri. Apabila sampai di Balai Polis Kangar, polis memaklumkan telah menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar dan kenderaan itu disahkan bapa mangsa semasa tiba di tempat kejadian,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}