Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Lelaki Bersifat Feminin Seakan Wanita Bakal Diharamkan Muncul Di Rancangan Hiburan Televisyen China

Arahan baharu dikeluarkan untuk melarang lelaki bawa karakter seakan wanita seperti memakai solekan tebal.
Muhammad Izwan Zainal
06 Sep 2021, 06:00 PM

Badan penyelaras penyiaran China memaklumkan bakal melarang sebarang bentuk estetika effeminate dalam rancangan hiburan dan sebarang pengaruh lucah dan kata-kata kesat.

Effeminate bermaksud pembawaan karakter dan tingkah laku seakan-akan wanita oleh lelaki.

lelaki bersifat feminin seakan wanita bakal diharamkan muncul di rancangan hiburan televisyen china

Arahan terbaharu ini merupakan sebahagian daripada prosedur dan peraturan baharu yang berkaitan apa yang digambarkan sebagai kandungan tidak sihat dalam program hiburan.

Menurut Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA), pihaknya juga menegaskan tingkah laku dan moral perlu dimasukkan sebagai kriteria dalam pemilihan pelakon.

Malah, beberapa format persembahan pertandingan pencarian bakat juga akan dihentikan dan pihak berkuasa akan mempromosikan apa yang ditakrifkan sebagai lelaki yang lebih maskulin dan mengkritik selebriti lelaki yang menggunakan solekan tebal.

lelaki bersifat feminin seakan wanita bakal diharamkan muncul di rancangan hiburan televisyen china

Namun, pihaknya menggalakkan program yang mempromosikan budaya tradisional, revolusi atau memupuk suasana patriotik dalam kalangan rakyat.

Sebelum ini, Presiden Xi Jinping berjanji untuk menjadikan China sebuah negara yang lebih hebat dengan pelbagai pembaharuan di peringkat nasional, termasuk pengawasan ketat terhadap sektor perniagaan, pendidikan, budaya dan agama.

lelaki bersifat feminin seakan wanita bakal diharamkan muncul di rancangan hiburan televisyen china

Tambahnya, kawalan itu dilakukan sebagai mempertahankan masyarakatnya daripada terpengaruh dengan penggayaan lelaki yang berketerampilan tidak maskulin.

Menurut laporan Associated Press, beliau menetapkan arahan berkenaan akibat imej feminin seolah-olah memberi ancaman terhadap nilai budaya tradisional selain ia selaras dengan visinya untuk menjadikan rakyat China lebih kuat dan sihat.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}