Majalah Kreko pernah menjadi pilihan remaja suatu ketika dahulu yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun kepada bahasa Melayu.
Mula beroperasi pada Jun 1999, penerbitan majalah yang paling laris di Malaysia ini akan ditamatkan operasinya sejak semalam.
Selepas 20 tahun bertapak di Malaysia, majalah yang pernah mencapai edaran lebih 90,000 naskhah sebulan ini juga menampilkan karya-karya pelukis dari Malaysia pada ruangan Show Off.
Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dengan pengumuman ini sambil throwback kenangan mereka bersama majalah Kreko.
Terdahulu, syarikat Tora Aman dan Comic House juga telah menamatkan operasi mereka pada tahun 2016 ekoran daripada masalah ekonomi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.