Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Malaysia Gantung Sementara Imigresen Dari China Buat Rakyat Tarik Nafas Lega

Ini dapat memperketatkan lagi saringan di pintu masuk negara.
Editor
28 Jan 2020, 09:48 AM

Ekoran daripada penularan wabak koronavirus di China yang semakin memuncak, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat China dari Wuhan berkuatkuasa semalam.malaysia gantung sementara imigresen dari china buat rakyat tarik nafas legaTindakan Malaysia itu dalam membendung penularan wabak koronavirus ke negara ini nyata telah mengurangkan kebimbangan rakyat.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Exco Kesihatan Pembangunan Luar Bandar Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ia adalah langkah terbaik dalam membendung penularan wabak itu ke dalam negara ini.

"Saya ingat itu langkah yang baik untuk pastikan bahawa kita bermula dengan mengehadkan kemasukan walaupun China (mempunyai populasi) 1.4 bilion penduduknya dan 11 juta dari Wuhan.

"Sudah tentu apabila langkah pertama (penggantungan dengan) memperketat cara masuk itu, saya kira itu langkah yang paling awal," katanya pada media.

Keputusan bagi menggantung eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual bagi rakyat China terutamanya dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei dapat memperketatkan lagi saringan di pintu masuk negara.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}