Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Malaysia Sah Tak Sertai Miss Universe Yang Bakal Berlangsung Di Israel Hujung Tahun Ini

Organisasi Miss Universe Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak hantar wakil ke acara itu pada tahun ini.
Muhammad Izwan Zainal
18 Aug 2021, 12:21 PM

Malaysia tidak akan menyertai Miss Universe yang bakal berlangsung pada Disember 2021 ini di Eilat, Israel.

malaysia sah tak sertai miss universe yang bakal berlangsung di israel hujung tahun ini

Perkara itu diumumkan Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) dalam satu kenyataan di laman Facebook, Malaysia tetap dengan pendirian untuk menolak jemputan tersebut selepas mengambil kira penularan kes COVID-19 ketika ini.

“Atas sebab kes COVID-19 yang semakin menular dan juga kebenaran untuk dalam dan luar negara amat terhad, kami tidak akan sertai Miss Universe kali ini.

“Jadi, kami terpaksa menolak jemputan penyertaan pada tahun ini dan tiada penganjuran pencarian Miss Universe tempatan juga kali ini,” katanya.

malaysia sah tak sertai miss universe yang bakal berlangsung di israel hujung tahun ini

Tambahnya, pihaknya berterima kasih dan berharap delegasi negara-negara lain akan melakukan terbaik untuk acara itu tahun ini.

“Kami berharap semua delegasi akan melakukan yang terbaik untuk pertandingan kali ini dan berharap akan menyertai pada masa akan datang,” tulisnya lagi.

Susulan perkara itu, Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong akan memegang gelaran Miss Universe Malaysia sehingga pencarian Miss Universe baharu diumumkan pada  tahun 2022 kelak.


Oleh: Muhammad Izwan Zainal

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}