Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Microwave Dituduh Punca Kanser, Pakar Jawab Mitos Tentang Alat Dapur

Ada yang kata microwave boleh jadi penyebab kepada kanser. Betul ke?
Editor
28 Feb 2020, 03:08 PM

Baru-baru ini, viral dilaman sosial apabila kuali tidak mudah lekat menjadi punca kepada penyakit kanser dan ramai yang bersetuju dengan pendapat itu.

alat dapur dituduh punca kanser, pakar jawab mitos tentang microwave

Malah alat dapur lain seperti airfryer, periuk dan kopi juga pernah menjadi ‘mangsa’ kepada teori punca penyakit kanser. Persoalannya, adakah ia benar atau sekadar mitos semata?

Dipetik daripada laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia, Dato' Dr. Rushdan Noor yang juga merupakan Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, telah menjawab persoalan berkenaan microwave.

Gelombang Mikro Ada Tenaga

alat dapur dituduh punca kanser, pakar jawab mitos tentang microwave

Ketuhar gelombang mikro (microwave oven) adalah alat pemanas yang digunakan oleh manusia samada di rumah, restoran, hotel dan lain2 premis. Ia menggunakan gelombang atau radiasi yang dihasilkan melalui interaksi antara tenaga elektrik dan medan magnet ataupun tenaga elektromagnetik. Jadi gelombang yang dihasilkan ini mempunyai julat atau spektrum yang dikenali sebagai spektrum elektromagnetik.

Bila sebut spektrum, maka ia mempunyai julat ("range") tenaga iaitu daripada gelombang tenaga rendah hingga tenaga tinggi. Contoh gelombang bertenaga tinggi adalah Gamma ray dan X-Ray. Disebabkan tenaganya tinggi, ia boleh mengeluarkan elektron dari atom dan boleh mengubah ciri2 atom dan molekul termasuk DNA. Pendek kata ia boleh mengionkan atom dan gelombang atau radiasi seumpama ini juga dikenali sebagai "ionizing radiation". Radiasi jenis ini mungkin boleh menyebabkan kelainan sel.

Molekul Bergetar Dan Hasilkan Haba

alat dapur dituduh punca kanser, pakar jawab mitos tentang microwave

Sinaran ultra unggu dan infra-red dari cahaya matahari juga termasuk dalam spektrum gelombang elektromagnetik. Kedua2nya mempunyai tenaga yang lebih tinggi dari gelombang mikro ("microwave").

Walau bagaimanapun gelombang yang digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro adalah dari jenis bertenaga rendah ataupun rendah frekuensi dan tidak menyebabkan berlakunya ionization, maka ianya dianggap "non-ionizing radiation". Gelombang jenis ini (gelombang mikro dan radio) juga dikenali sebagai "RADIOFREQUENCY RADIATION" (frekuensi gelombang di antara 3 kHertz- 300 Gigahertz). Ianya sama seperti gelombang yang digunakan dalam talifon bimbit, wifi,bluetooth,signal tv, radio, "body security scanner" dan sebagainya. Apabila ia tidak menyebabkan ionization, maka ia juga tidak menyebabkan perubahan sel untuk bertukar menjadi sel kanser. Gelombang mikro yang dihasilkan ini hanya berkesan ke atas makanan yang mengandungi air. Molekul air yang terkena gelombang ini akan bergetar dan menghasilkan haba, kepanasan inilah yang akan memanaskan atau memasak makanan. Apa2 kesan negatif yang berlaku hanya akibat dari makanan yang panas ini dan bukan dari gelombang atau radiasi yang digunakan.

Tiada Bukti Penyebab Kanser

alat dapur dituduh punca kanser, pakar jawab mitos tentang microwave

Majoriti kajian ke atas haiwan tidak menunjukkan terdapat bukti bahawa pendedahan biasa ke atas gelombang bertenaga rendah atau radiofrequency radiation (RF) ini menyebabkan kanser. Kesan negatif hanya dikesan apabila seluruh tubuh TIKUS ("whole body exposure") didedahkan kepada RF secara berpanjangan iaitu selama 2 tahun berterusan (9 jam sehari) semenjak di dalam kandungan. Manakala kajian pemerhatian ke atas manusia mendapati tidak berlaku kadar kanser yang lebih tinggi ke atas pekerja2 yang terdedah kepada RF yang lama seperti pekerja membaiki antena dan juga operator radio. Maksudnya tidak ada bukti RF meningkatkan risiko kanser ke atas manusia.

International Agency for Research In Cancer (IARC) yang merupakan salah sebuah badan di bawah WHO khusus dalam kajian kanser juga membuat kenyataan bahawa tidak ada bukti kukuh bahawa RF menyebabkan kanser, walaupun ia meletakkan RF pada kategori karsinogen 2B (itupun atas kajian ke atas tikus yg dinyatakan di atas). Manakala badan2 lain seperti EPA dan NTP TIDAK mengklasifikasikan RF sebagai potensi penyebab kanser.

Dalam Gua Pun Ada Radiasi!

alat dapur dituduh punca kanser, pakar jawab mitos tentang microwave

Kesimpulannya tidak ada kaitan di antara penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan kejadian kanser ke atas manusia. Kesan pemanasan ke atas makanan juga tidak menyebabkan bahan yang dihasilkan boleh menyebabkan penyakit kanser. Yang penting gunakan peralatan ini mengikut manual yang dikepilkan.Jika ada pihak yang percaya ketuhar gelombang mikro menyebabkan kanser kepada manusia, maka mereka terpaksa kembali ke zaman kuno tanpa apa2 peralatan moden ataupun tinggal di dalam gua. Hatta di dalam gua sekalipun, kita masih tidak selamat dari gas radon yang beradioaktif (boleh menyebabkan kanser paru2) yang boleh didapati di bawah tanah. Nampaknya tidak ada tempat yang bebas dari gelombang atau radiasi di dunia ini.

Dato' Dr. Rushdan Noor 
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Medical Mythbusters Malaysia

Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}