Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Isu Beg Berat, Murid Sekolah Rendah Akan Punyai Lokar Sendiri

Buku latihan pula cuma dua buah sahaja setiap subjek!
Muhammad Izwan Zainal
07 Mar 2022, 02:25 PM

Kementerian Pendidikan akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa mulai tahun ini bagi menangani isu beg berat murid.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, beliau memaklumkan terdapat dua fasa akan dilaksanakan dengan fasa pertama murid tahap satu iaitu Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga yang beroperasi secara dua sesi dan akan membabitkan 10,662 kelas serta 323,186 murid dengan anggaran peruntukan RM37.3 juta.

isu beg berat, murid sekolah rendah akan punyai lokar sendiri

Bagi fasa kedua pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid tahap dua iaitu Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam yang beroperasi secara dua sesi dengan pelaksanaan dijangka pada 2023.

“Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.

“Selain itu, jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari akan dilaksanakan mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan,” katanya.

Malah, pihak kementerian juga akan memberi kelonggaran kepada sekolah untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah di bawah KPM.

Tambahnya, bilangan buku latihan pula hendaklah tidak melebihi dua buku bagi setiap mata pelajaran pada satu-satu masa dan setiap buku latihan tidak melebihi 80 muka surat.

“Murid hanya dibenarkan menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM, manakala buku kerja boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) sahaja.

isu beg berat, murid sekolah rendah akan punyai lokar sendiri

“Guru pula digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali atau pembelajaran terbeza,” katanya.

Menurutnya lagi, penerbitan buku teks dalam format digital akan dibuat secara berterusan dan sehingga kini sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), yang boleh diakses oleh semua murid yang mempunyai peranti.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}