Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Internet Percuma, Pelajar IPT Terima RM200 Antara Manfaat Diberi Kerajaan Akibat COVID-19

Berikut adalah senarai penuh manfaat yang diberikan oleh kerajaan dibawah program PRIHATIN

Ekoran daripada krisis ekonomi akibat penularan wabak COVID-19, hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan bernilai RM250 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

internet percuma, pelajar ipt terima rm200 antara manfaat diberi kerajaan akibat covid-19

Berikut adalah antara intipati PRIHATIN yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

 

  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua.
  2. Ini termasuk RM128 Bilion untuk melindungi rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  3. Bagi meningkatkan lagi keupayaan @KKMPutrajaya, kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19.
  4. Pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi & sijil takaful perubatan.
  5. Kenaikan elaun khas daripada RM400 kepada RM600 sebulan kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan mulai 1 April 2020 sehingga wabak berakhir.
  6. Elaun khas RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, anggota pertahanan awam, RELA terlibat secara langsung mulai 1 April 2020 sehingga wabak berakhir.
  7. Kerajaan akan memberi Bantuan Perihatin Nasional secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.
  8. Pertama, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.
  9. Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.
  10. Ketiga, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.
  11. Keempat, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.
  12. Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
  13. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.
  14. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
  15. Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 Apr 2020 hingga 30 Sept 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.
  16. Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
  17. Pengeluaran dari Akaun B sehingga RM1,500 dari setiap penyedia Skim Persaraan Swasta tanpa penalti cukai dari April hingga Disember 2020.
  18.  Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.
  19. Bagi unit sewa untuk milik (RTO), penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula Apr hingga Sept 2020 dengan jumlah RM5.7 juta.
  20. Kerajaan bersetuju supaya pengecualian sewaan selama enam bulan terhadap semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.
  21. Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020.
  22. Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 Apr 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.
  23. Tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
  24. Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan Apr 2020.
  25. Kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 secara one-off kepada pesara Kerajaan juga pada bulan Apr 2020.
  26. Penting untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi. Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi tujuan Dana Jaminan Makanan.
  27. Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  28. Dana khas RM100,000-RM200,000 untuk setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK).
  29. Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah bagi mengekalkan pekerja agar tidak diberhentikan majikan.
  30. Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan dengan penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Jan 2020.
  31. Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.
  32. Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di agensi kerajaan.
  33. Penanggungan kos gaji dan lanjutan kontrak selama sebulan bagi kontraktor yang ada kontrak perkhidmatan seperti kebersihan dan bekalan makanan dengan agensi kerajaan.
  34. Tambahan RM3 bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%.
  35. Tambahan RM 1 bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.
  36. Tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.
  37. Pembiayaan sehingga RM300 ribu untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun bawah skim BizMula-i dan BizWanita-i i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC).
  38. Kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
  39. KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan (Employer Advisory Services atau EAS) pada 15 Apr 2020.
  40. Pembayaran levi HRDF bagi semua sektor dikecualikan untuk tempoh 6 bulan mulai Apr 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan RM440 juta.
  41. Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April 2020.
  42. Kerajaan menyambut baik kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan.
  43. Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.
  44. Moratorium pembayaran pinjaman diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.
  45. Satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.
  46. Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.
  47. Memastikan pelaksanaan projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara.
  48. Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan.
  49. Dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
  50. Semua Kementerian akan mengkaji belanjawan untuk mencari penjimatan agar peruntukan boleh digunapakai menampung langkah menangani wabak virus ini.

 

Sumber: Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}