Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Palestin Punyai Salah Satu Lantai Mozek Terbesar Di Dunia, Lebih Lima Juta Keping Ditemui

Wah! Menakjubkan!
Muhammad Izwan Zainal
29 Oct 2021, 06:00 PM

Pihak berkuasa Palestin mendedahkan salah satu lantai mozek terbesar di dunia di bandar Tebing Barat, Jericho buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.

Malah, lantai mozek tersebut seakan sebuah permaidani yang terbentang seluas 836 meter persegi di Istana Hisham yang terletak di sebuah gurun.

palestin punyai salah satu lantai mozek terbesar di dunia, lebih lima juta keping ditemui

Istana itu pernah dibawah pemerintahan Empayar Umaiyyah dari tahun 660 hingga 750 Masihi dan ia terletak berdekatan Laut Mati dengan keluasan 60 hektar.

Mozek itu disusun rapi dan terdapat imej seekor singa sedang menyerang seekor rusa bagi menggambarkan satu peperangan dan dua ekor haiwan antelop yang memberikan gambaran tentang keamanan.

Malah, reka bentuk geometrik pada lantai mozek itu dan imej bunga-bungaan jelas kelihatan.

palestin punyai salah satu lantai mozek terbesar di dunia, lebih lima juta keping ditemui

Kerja-kerja pemuliharaan Istana Hisham telah dijalankan berabad lamanya dan lantai mozek itu ditemui setelah ia terselindung di sebalik debu-debu.

Menurut Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin, Saleh Tawafsha berkata tapak istana tersebut ditutup kepada pelawat lima tahun lalu.

palestin punyai salah satu lantai mozek terbesar di dunia, lebih lima juta keping ditemui

Sebanyak AS$12 juta (RM49.69 juta) dana sumbangan daripada Jepun dalam usaha pemuliharaan tapak berkenaan.

“Mozek ini mengandungi lebih lima juta keping dari Palestin yang mempunyai warna semula jadi,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap penemuan lantai itu akan menarik lebih ramai kehadiran pelancong untuk melawat ke Jericho yang terletak dalam jajahan Israel.

Sumber: AFP News / Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}