Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Impian Jadi Kenyataan! Pelajar Malaysia Dapat Penghargaan, Terima Anugerah Di Amerika Syarikat

Pelajar Malaysia ini meminati bidang aeroangkasa sejak kecil lagi dan berusaha mencapai impiannya ke Amerika Syarikat.
Muhammad Izwan Zainal
16 Aug 2021, 11:43 AM

Seorang pelajar Malaysia, Raja Akif Raja Zahirudin telah dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Professor Barnes McCormick Vertical Flight Foundation Scholarship 2021, Amerika Syarikat (AS) oleh Vertical Flight Society.

Memetik laporan Pejabat Mara di AS pada April 2021, pelajar itu terpilih antara 27 orang pelajar kejuruteraan berbakat di dunia yang terlibat dalam bidang teknologi penerbangan vertikal.

impian jadi kenyataan! pelajar malaysia dapat penghargaan, terima anugerah di amerika syarikat

Beliau yang meminati untuk ke lapangan terbang sejak kecil lagi bagi melihat pesawat kapal terbang dan helikopter berlepas serta mendarat.

“Minat yang mendalam dalam bidang aeroangkasa mendorong saya menimba ilmu dengan gigih dan memanfaatkan peluang pelajaran yang disediakan Mara bagi merealisasikan impian menjadi salah seorang pakar dalam bidang ini.

“Kini, saya bertugas sebagai Graduate Research Assistant di Penn State di mana saya berpeluang melibatkan diri dalam pelbagai kajian dan projek,” katanya.

impian jadi kenyataan! pelajar malaysia dapat penghargaan, terima anugerah di amerika syarikat

Malah, beliau juga pernah berkolaborasi dengan beberapa pusat penyelidikan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

Antaranya, Raja Akif terlibat dalam kajian projek NASA JHU-APL Dragonfly yang bertujuan menghantar sebuah dual-quadcopter ke Titan iaitu salah satu bulan planet Saturn dijangkakan pada 2027.

“Saya pernah berkolaborasi dengan NASA Ames Research Center dalam kajian mengenai konsep rotor senyap iaitu “Anti-Phase Vortex Reduction Control for Rotor Noise Suppression.

“Pada masa ini juga, saya sedang berkolaborasi dengan NASA Langley Research Center untuk mengkaji kelebihan daripada sudut akustik dan prestasi penerbangan yang dihasilkan konfigurasi coaxial co-rotating pada kenderaan eVTOL (Electric Vertical Takeoff and Landing),” katanya.

Sebelum ini, beliau melanjutkan pengajian di Pennsylvania State University, Pennsylvania, AS pada 2012 hingga 2016 di bawah program Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP) Mara selama empat tahun dalam jurusan Kejuruteraan Aeroangkasa di peringkat ijazah sarjana muda.

Kemudiannya beliau meneruskan pengajian di peringkat ijazah sarjana di bawah tajaan dan kini sedang menjalani pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Aeroangkasa di Penn State juga di bawah tajaan.

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}