Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Liverpool Yakin Mampu Tewaskan Man. United & Tottenham Untuk Pemain Baru Usia 16 Tahun Ini

Kaide Gordon merupakan pemain muda yang berbakat yang kini dalam radar pasukan Liverpool
Editor
27 Jan 2021, 07:00 AM

Liverpool kini sedang mengadakan perbincangan dengan Derby County mengenai pemain tengah berusia 16 tahun, Kaide Gordon.

liverpool yakin mampu tewaskan man. united & tottenham dengan pemain baru usia 16 tahun ini

Pemain tengah yang juga penyerang ini telah menarik minat Manchester United dan Tottenham, tetapi The Reds merasakan mereka dapat memenangi perlumbaan untuk mendapatkan pemain itu dengan nilai tinggi.

Namun sehingga kini masih belum ada kesepakatan antara kedua-dua pihak, tetapi Liverpool yakin mereka dapat membawa Gordon dalam senarai pemain muda yang berbakat di Akademi Kirkby.

Gordon membuat penampilan sebagai pemain ganti dan membantu pasukan memperoleh kemenangan 4-0 menentang Birmingham pada akhir Disember lalu.

Pengurus pasukan Derby, Wayne Rooney mengakui Gordon Kaide mempunyai masa depan cerah dan potensi untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan.

liverpool yakin mampu tewaskan man. united & tottenham dengan pemain baru usia 16 tahun ini

Rooney berkata: "Gordon Kaide adalah pemain yang hebat dan dia mempunyai banyak potensi.

"Dia telah melalui akademi. Dia berusia 16 tahun, dia memiliki banyak kebolehan yang harus dilakukan dan dia pasti berada di tempat yang tepat untuk melakukan itu.

"Sudah tentu ramai yang akan berminat pada Gordon Kaide kerana dia adalah pemain yang hebat..

"Kami dapat mengawal apa yang kami lakukan di kelab bola sepak ini, tetapi kami tidak dapat mengawal jika pasukan lain membuat tawaran untuk pemain kami."

Masalah kewangan Derby yang berterusan juga bermaksud sebarang perjanjian untuk mengikat pemain mereka akan menjadi lebih mudah.

Bulan lalu, Liverpool menandatangani Calum Scanlon dari Birmingham City sebelum menambah Stefan Bajcetic dari Celta Vigo.

Sumber: Liputan6, The Kop

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}