Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Penang Syurga Makanan, Ini Lima Jenis Makanan Korang Kena Try

Ini baru lima makanan, ada banyak lagi makanan yang sedap-sedap hanya di Pulau Pinang!
Editor
25 Jul 2020, 11:04 AM

Pulau Pinang antara negeri terbaik sekiranya kalau korang merancang untuk bercuti sambil menikmati makanan tempatan. Dekat sana korang boleh jumpa dengan pelbagai jenis makanan yang menarik dan sedap.

So, kalau korang nak pergi Penang untuk food hunting, ini makanan yang korang kena pergi:

1. Popiah Kg Melayu

penang syurga makanan, ini lima jenis makanan korang kena try

Popiah ni dah mula dijual semenjak tahun 1989. Lama tu weh. Apa yang menarik tentang popiah basah ini adalah intinya. Kalau tempat lain inti dia cumalah sayur-sayuran biasa. Tapi yang ini, penjual menyediakan inti yang sangat special. Kuah popiah ni pun sedap sangat.

Lokasi popiah ni berhampiran dengan Nasi Kandar Kampung Melayu. Dengan arga RM1.20 sebiji, memang puas lah makan.

2. Ais Krim buah naga dan mangga

penang syurga makanan, ini lima jenis makanan korang kena try

Kalau korang pergi ke Heritage Lane, boleh lah singgah ke Fruitmade The Concept Store. Dekat depan kedai tu ada jual macam-macam jenis ais krim. Tapi yang paling best adalah ais krim buah naga dan mangga ni.

Harga ais krim ni RM9.90. So, boleh lah korang share dengan kawan-kawan selepas berpanasan mengambil gambar di sekitar Heritage Lane. Sangat lah berbaloi sebab rasa buahnya yang natural dan tak manis sangat. Environment kedai ni pun sangat best.

3. Minum Butter Beer di Café Once Upon A Time

penang syurga makanan, ini lima jenis makanan korang kena try

Once Upon A Time café ni sebuah café yang berkonsepkan cerita. Jadi, kalau datang sini korang boleh rasa berada di dalam cerita Harry Potter, Alice In The Wonderland, Sherlock Holmes dan macam-macam lagi.

Kalau korang datang sini korang kena try butter beer dia. Dengan harga RM12 segelas, memang sangat berbaloi. Korang juga boleh ambil gambar di dalam café tersebut. Ajak kawan-kawan korang untuk mencuba pengalaman yang lain dari yang lain.

4. Nasi Kandar Kampung Melayu

penang syurga makanan, ini lima jenis makanan korang kena try

Tak sah lah kalau datang Penang tak makan nasi kandar. Dalam banyak-banyak nasi kandar, kami nak cadangkan korang pergi cuba Nasi Kandar Kg Melayu. Rasa rempah dia memang terasa dan terngiang-ngiang. Kelembutan daging kambing dan ber-juicy tu memang membuatkan korang tak lena lepas makan.

Kalau korang bercadang nak ke sana, elok lah korang pergi awal sebab kalau lambat memang tengok orang beratur je lah.

5. Hameed ‘Pata’ Mee Sotong

penang syurga makanan, ini lima jenis makanan korang kena try

Mee sotong ni terletak di Padang Kota Lama dan dah terkenal pun. Dengan harga sepinggan RM5 ke RM7 korang akan mengalami pengalaman makanan lokal yang sangat best. Tapi, kami nasihatkan jangan pergi lambat kerana Mee Sotong ni memang ramai. Paling kurang pun setengah jam lah beratur untuk dapatkan makanan ni.

Kami nak cadangkan korang cuba mee rebus sotong special. Memang sedap dan terbaik!

btw, memandangkan semua orang nak pergi bercuti jadi beberapa hot spot sangat ramai. So, dalam berseronok jangan dilupakan norma baharu. Pakai penutup hidung dan mulut dan jaga jarak antara satu sama lain. Kerapkan mencuci tangan dengan air bersih atau sabun. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}