Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Mulai Hari Ini, Penduduk Tetap Lembah Klang Boleh ‘Walk-In’ Di PPV Terpilih Untuk Terima Vaksin COVID-19

Hanya mereka yang belum mendapat tarikh janji temu sahaja dibenarkan ‘walk-in’.
Muhammad Izwan Zainal
02 Aug 2021, 03:12 PM

Kaedah secara jumpa terus atau ‘walk-in’ bagi penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 kini dibuka di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih, mulai hari ini.

Masa untuk ‘walk-in’ hanya bermula pada pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.

mulai hari ini, penduduk tetap lembah klang boleh ‘walk-in’ di ppv terpilih untuk terima vaksin covid-19

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), pihaknya memaklumkan terdapat sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.

PPV tersebut adalah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.

mulai hari ini, penduduk tetap lembah klang boleh ‘walk-in’ di ppv terpilih untuk terima vaksin covid-19

Golongan ‘komorbid atau golongan berusia 40 tahun ke atas (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti), vaksinasi jumpa terus akan bermula hari ini hingga 4 Ogos.

Bagi semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara walk-in bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.

Manakala bukan warganegara, tarikh dibenarkan untuk jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.

mulai hari ini, penduduk tetap lembah klang boleh ‘walk-in’ di ppv terpilih untuk terima vaksin covid-19

Tambahnya, mereka yang datang perlu membawa bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain.

Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka termasuk dalam kategori itu seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Untuk bukan warganegara, mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}