Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Penyokong Bertengkar Tidak Puas Hati, MFL Siasat Kejadian Kecoh Berlaku Di Stadium

Kecoh sampai terbakar ada balingan suar di stadium!
Muhammad Izwan Zainal
28 Feb 2022, 05:30 PM

Baru-baru ini, segelintir penyokong Harimau Selatan dan The City Boys bertengkar sehingga menyebabkan insiden balingan suar di pekarangan Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Kejadian dilaporkan berlaku selepas perlawanan JDT menentang KL City selesai dengan keputusan memihak kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

penyokong bertengkar tidak puas hati, mfl siasat kejadian kecoh berlaku di stadium

Video berdurasi 29 saat itu jelas memaparkan penyokong tersebut tidak berpuas hati dan menimbulkan pertengkaran antara mereka.

Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL), pihaknya masih menunggu laporan lengkap pihak keselamatan susulan kekecohan selepas perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur (KL) City pada Sabtu.

"Ya, saya telah melihat video itu tetapi tidak jelas buat masa ini.

"Bagaimana, mengapa atau siapa yang menyebabkan kejadian sedemikian dan adakah perkara ini adalah pertengkaran terpencil atau sebagainya.

"MFL sedang menunggu laporan lengkap pihak keselamatan insiden malam itu dan kami akan bertindak sewajarnya setelah mengetahui butiran lanjut.

"Buat masa ini sukar untuk mengulas tanpa banyak fakta mengenai insiden ini," katanya Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Dalam perkembangan perlawanan itu, Harimau Selatan masih mengekalkan gelaran juara Liga Super lapan kali berturut-turut selepas menewaskan juara Piala Malaysia, The City Boys 3-0 hasil jaringan Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-26', Fernando Forestieri (31') dan Afiq Fazail (84').

Sumber: Sinar Harian
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}